Connect with us

Free Fire

Liga FFCM: Geek Fam dominasi, capai lebih 300 mata

Published

on

Foto: YouTube / Free Fire

JAGUH Free Fire tempatan, Geek Fam tampil lebih bertenaga pada minggu ketiga Siri Cabaran Free Fire Malaysia (FFCM) 2022 apabila meraih 61 kutipan mata tambahan malam tadi.

Meskipun bergelut pada awal pusingan pertama dan kedua, pasukan itu dilihat lebih ‘panas’ pada pusingan ketiga setelah mencapai tempat kedua pusingan tersebut.

Momentum itu diteruskan lagi apabila Geek Fam meraih kemenangan Booyah pertama bagi hari tersebut.

Pemain Geek Fam, Orenn, muncul sebagai pemain terbaik (MVP) dalam dua pusingan itu dengan tujuh jumlah bunuh dan empat pertolongan bunuh.

Geek Fam juga merupakan pasukan pertama yang berjaya mencapai 300 mata keseluruhan setelah tamat hari kedua minggu ketiga.

Carta terkini liga FFCM 2022 menyaksikan Geek Fam unggul sebagai pendahulu liga dengan kutipan 326 mata keseluruhan, berkelebihan 19 mata di hadapan Argon MY.

Kejohanan Siri Cabaran Free Fire 2022 menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM125,000 dan melibatkan pertarungan 18 pasukan terbaik Malaysia.

Ia boleh ditonton secara langsung menerusi platform Facebook Garena Free Fire dan Youtube Garena Free Fire MY.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved