Connect with us

Free Fire

Free Fire: Farang minat ‘ikat’ Jerung Biru?

Published

on

LIGA Siri Cabaran Free Fire Malaysia (FFCM) 2022 hangat diperkatakan dalam kalangan peminat e-sukan tanah air sejak kebelakangan ini.

Malahan, perkara tersebut juga telah mendapat perhatian daripada beberapa organisasi e-sukan tempatan.

Antara yang menunjukkan minat tersebut termasuklah TheFarang Esports.

Pengarah bagi organisasi itu, Fawwaz Sehaimi (Soultann) berkata, pihaknya ingin meluaskan empayar ke kancah e-sukan Free Fire sejak sekian lama.

“Farang memang dah lama berminat untuk menyertai e-sukan Free Fire.

“Kami masih mencari pasukan yang berpotensi untuk di bawa dengan lebih jauh”, katanya ketika ditemu bual WTM Today pada minggu lalu.

Soultann juga berkata pihaknya juga akan mengadakan perbincangan rasmi dengan pengurusan Argon MY dalam masa terdekat.

TheFarang Esports adalah antara nama besar dalam komuniti PUBG Mobile tempatan.

Antara pencapaian TheFarang Esports adalah menduduki tempat ketiga dalam kejohanan Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura (PMPL MYSG S4)  2021 pada peringkat liga.

TheFarang juga banyak melahirkan pemain berkualiti tinggi seperti Luqman Hakim Hasan (AdikLuq) yang menjadi Terminator kedua liga profesional PMPL MYSG S4 2021 dan Mohamad Nabil (Snipes) yang kini berkhidmat untuk Geek Fam.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved