Connect with us

Free Fire

Liga FF MY: Dendam Jerung takluk kembali Fire Brigade

Published

on

Foto: YouTube / Free Fire

SIRI Cabaran Free Fire Malaysia (FFCM) 2022 pada hujung minggu lalu diwarnai dengan pelbagai aksi menarik. Antaranya apabila Argon MY mengetepikan cabaran pasukan Devor4R di kawasan Fire Brigade, Purgatory.

Perkara tersebut seolah-olah membalas kembali tindakan pasukan Devor4R pada hari pertama minggu ketiga liga.

Pada pusingan pertama hari tersebut, Devor4R dilihat menukar kawasan mendarat dan mensasarkan Fire Brigade sebagai kawasan tujuan.

Hasilnya, D4R berjaya menyentak ego Argon MY setelah berjaya mengeluarkan pasukan itu di tempat ke-11 pusingan pertama.

Namun pada Ahad, Argon MY tidak menunggu lama untuk membalas dendam situasi tersebut kerana kedua-dua pasukan itu sekali lagi bertembung dengan pasukan D4R di kawasan Fire Brigade.

Argon MY memanfaatkan permainan set-up mereka untuk mengepung seluruh anggota pasukan D4R di kawasan rumah pantai.

D4R seakan menemui jalan buntu apabila dua pemainnya berjaya dibunuh oleh Pydro di kawasan menara penembak hendap.

Aksi ‘langgar’ Chill dan Spark berjaya membunuh baki dua pemain D4R, yang seterusnya mengakibatkan pasukan itu terkeluar di tempat ke-12 pusingan kedua.

Argon MY kini kekal sebagai pencabar kejuaraan liga di tempat kedua dengan perolehan sebanyak 307 mata keseluruhan.

Foto: YouTube / Free Fire

Pasukan D4R pula jatuh di ranking ke-16 dengan hanya mengumpul sebanyak 115 mata keseluruhan selepas tamat minggu ketiga.

Kejohanan Siri Cabaran Free Fire 2022 menawarkan hadiah wang terkumpul sebanyak RM125,000 dan melibatkan pertarungan 18 pasukan terbaik Malaysia.

Ia boleh ditonton secara langsung menerusi platform Facebook Garena Free Fire dan Youtube Garena Free Fire MY.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved