Connect with us

DOTA 2

Pemain Dota 2 Malaysia, vtFaded sertai Cloud 9

Published

on

vtFaded (dua dari kiri) sah menyertai organisasi e-sukan Amerika Syarikat, Cloud 9 mulai hari ini. - Foto : Cloud 9

PEMAIN profesional Dota 2 Malaysia, Cheng Jia Hao (vtFaded) sah menyertai organisasi e-sukan Amerika Syarikat, Cloud 9.

Dalam satu kenyataan hari ini, Cloud 9 yang kembali dalam arena e-sukan Dota 2 selepas dua tahun, mengumumkan barisan pemain utama mereka, iaitu: 

  • Rolen Ong (skem)
  • Jia Hao Cheng (vtFaded)
  • Rasmus Filipsen (MISERY)
  • Francis Lee (FLee)
  • Johan Åström (pieliedie)

“Pemain-pemain ini mempunyai pengalaman beraksi di peringkat yang tinggi dan kami tidak sabar untuk melihat hasil gabungan mereka pada tahun 2020.

“Pasukan ini akan dipimpin pengurus Ysabel Müller (Noukky) yang telah bersama organisasi Cloud9 sejak awal tahun 2018,” kata Cloud 9.

Sebelum ini vtFaded menyertai pasukan China, EHOME untuk tempoh beberapa bulan dan pernah menjuarai Kejohanan Major Hainan Master Cup 2019.

vtFaded juga beraksi di kejuaraan dunia di The International 9, Shanghai China tahun lalu bersama pasukan Chaos EC.

Sementara itu Pemilik dan Ketua Pegawai Eksekutif Cloud9, Jack Etienne berkata mereka sentiasa mencari masa yang sesuai untuk memasuki kembali dalam arena Dota 2 sejak 2017.

“Akhirnya masa telah tiba untuk kami kembali dalam arena Dota 2.

“Pemain-pemain ini telah meraih kejayaan tersendiri di pentas dunia dan sudah tentunya ramai yang menunggu apakah yang mereka akan bawakan sebagai satu pasukan,” kata Jack.

Barisan pemain utama baharu Cloud 9 itu akan bermain di rantau Asia Tenggara namun akan mewakili rantau Amerika Utara bagi kejohanan Dota 2 akan datang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved