Connect with us

DOTA 2

Ceb undur diri daripada barisan utama pemain Dota 2 OG

Published

on

Foto : OG

PEMAIN profesional bagi pasukan Dota 2 OG, Sebastien Debs (Ceb) tidak lagi akan berada dalam barisan pemain utama bagi pasukan itu mulai hari ini.

Ceb berkata meski dia masih mahu memberi fokus untuk memburu gelaran juara dunia yang ketiga, namun sudah tiba masa bagi dirinya untuk mengundur diri dari barisan pemain utama itu.

“Selepas ini saya akan mengambil peranan yang akan membantu semua pasukan dan pemain dalam OG untuk meningkatkan mutu persembahan mereka.

“Sama ada e-sukan Dota 2 atau CSGO, OG merupakan satu tempat untuk melahirkan lebih ramai juara.

“Saya akan menggunakan pengalaman saya untuk membantu mereka,” kata Ceb dalam satu kenyataan hari ini.

BACA: “Saya lagi suka jadi pemain” – Ceb

Ceb memulakan karier dalam e-sukan Dota 2 sejak 2011 lagi dan mula dikenali umum selepas mendapat tempat keempat dalam Dreamhack Winter 2011 bersama pasukan Team Shakira.

Beliau mula menyertai OG pada lewat 2015 sebagai jurulatih pasukan itu selepas menjadi penganalisis bagi kejohanan Shanghai Major pada tahun yang sama.

Selepas penyertaan Ceb, pasukan tersebut mula mendominasi kejohanan-kejohanan major di Kiev, Boston, Manila dan Frankurt. 

Pada Mac 2018, Ceb menjadi pemain ganti untuk OG selepas bekas pemain pasukan itu Roman Fominok (Resolut1on) umum untuk mengundur diri.

Pada Jun 2018, Ceb secara rasmi mengisi posisi offlane pasukan OG untuk kejohanan dunia The International 2018.

Dalam kejohanan paling berprestif dalam Dota 2 itu menyaksikan OG muncul juara dan membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM42 juta.

Ceb dan OG turut mencatatkan sejarah tersendiri apabila memenangi kejohanan dunia itu sekali lagi pada tahun lepas di Shanghai, China.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved