Connect with us

DOTA 2

MidOne sah sertai OG

Published

on

MidOne (paling kiri) bakal menggantikan posisi Ceb sebagai offlaner pasukan Dota 2 OG. - Foto OG

PEMAIN e-sukan profesional tanah air Yeik Nai Zheng (MidOne) sah menyertai pasukan juara dunia dua kali berturut-turut, OG.

Perkara itu diumumkan OG pada pagi tadi dalam rancangan #OGNight.

Menurut OG, MidOne bakal menggantikan posisi Sebastien Debs (Ceb) sebagai offlaner.

BACA: Ceb undur diri daripada barisan utama pemain Dota 2 OG

Selain MidOne, berikut adalah senarai penuh barisan pemain utama skuad Dota 2 OG:

  • Sumail Hassan (Suma1L)
  • Topias Taavitsainen (Topson)
  • Yeik Nai Zheng (MidOne)
  • Martin Sazdov (Saksa)
  • Johan Sunsdtein (N0tail)

“Kami sangat teruja untuk berganding bahu sebagai satu pasukan dan memastikan barisan pemain baharu ini dapat bekerjasama.

“OG merupakan satu keluarga dan jika tiada yang meninggalkan pasukan ini, kami sangat gembira kerana berpeluang untuk membina satu perkara baharu dan bekerja keras sebagai satu skuad.

“Terima kasih atas sokongan anda semua, kami sangat bersyukur kerana mempunyai komuniti yang menakjubkan bersama kami sehingga hari ini,” kata OG.

Barisan pemain utama OG itu bakal membuka tirai pada Kelayakan Terbuka Eropah ESL One Los Angeles 2020 pada 3 Februari nanti.

Sebelum ini MidOne dilaporkan akan mengambil waktu berehat panjang dari arena kompetitif e-sukan itu dan akan dilepaskan dari barisan utama Team Secret.

Sepanjang MidOne bersama Team Secret, beliau telah memenangi tiga kejohanan Major Valve dan menyertai kejohanan dunia, The International selama tiga tahun berturut-turut.

MidOne dan Team Secret turut menduduki tempat ke-4 pada The International 9, iaitu rekod pencapaian paling tinggi dalam sejarah Team Secret.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved