Connect with us

DOTA 2

Nama skuad Dota 2 Team IO hanya sementara, tunggu penaja – Kenchi

Published

on

Kenchi Yap (kiri) bersama pemain legenda tanah air, Mushi yang turut bersama dalam Team IO. Mereka kini sedang bersaing dalam slot terakhir kelayakan ke ESL One Los Angeles 2020. - Foto fail

KUALA LUMPUR – Pasukan Dota 2, Team IO menggunakan nama tersebut dalam tempoh tertentu sehingga mendapat penajaan.

Jurulatih pasukan tersebut, Kenchi Yap berkata pasukan tersebut masih lagi baharu dan terdiri daripada beberapa pemain pengalaman dari pasukan yang berbeza.

“Bagi pasukan Mineski yang saya pernah urus sebelum ini akan berada naungan Mineski Global, jadi saya tiada maklumat lanjut mengenai perkara itu,” kata Kenchi kepada What’s The Meta Today.

Team IO yang turut terdiri daripada dua pemain legenda tanah air, Mushi dan Ohaiyo kini sedang bersaing dalam slot terakhir kelayakan ke ESL One Los Angeles 2020.

Pasukan Dota 2 Team IO, merupakan skuad di bawah syarikat IO Esports yang sebelum ini dikenali sebagai Mineski Malaysia (MET Malaysia).

Menurut Kenchi, syarikat terbaharu IO Esports itu akan beroperasi sebagai penganjur utama e-sukan.

“Kami akan melancarkan rancangan strategik bagi IO Esports untuk maju dalam mencapai kejayaan di peringkat tempatan dan antarabangsa dengan beberapa rancangan e-sukan bagi tahun 2020 di seluruh Asia Tenggara,” kata Kenchi.

Pada tahun lalu, IO Esports bersama Mineski telah menganjurkan Kejohanan Dunia Mobile Legends : Bang Bang (M1) di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

Bagi anda yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai IO Esports, boleh layari ioesports.gg.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved