Connect with us

DOTA 2

The International 10 ditunda sehingga 2021 kerana Covid-19

Published

on

Foto: Valve

KEJOHANAN dunia Dota 2, The International bagi edisi ke-10 (TI10) akan ditunda sehingga 2021.

Pembangun dan penerbit e-sukan Dota 2, Valve berkata keputusan penangguhan kejohanan berprestij itu adalah berikutan situasi wabak Covid-10 yang melanda seluruh dunia ketika ini.

“Selepas melakukan pertimbangan secara terperinci mengenai situasi kesihatan di peringkat global, kami telah membuat satu keputusan sukar untuk menangguhkan TI10.

“Kami sedang mengenalpasti tarikh yang bersesuaian namun ia dijangka akan diadakan pada 2021.

“Kami tidak boleh memberikan tarikh yang lebih khusus berikutan polisi-polisi perjalanan di peringkat global, trajektori virus dan larangan serta sekatan untuk berkumpul di peringkat tempatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada tahun lalu, Valve mengumumkan TI10 akan diadakan di Stockholm, Sweeden.

Sementara itu Valve berkata pihaknya juga sedang menstrukturkan semula musim DPC dan akan berkongsikan maklumat kepada orang ramai mengenai perkara itu pada masa akan datang.

Valve juga berkata, Battle Pass juga akan dikeluarkan beberapa minggu lebih lambat dari biasa.

“25 peratus daripada hadiah wang terkumpul TI10 adalah hasil dari jualan Battle Pass yang kami telah merancang untuk dikeluarkan dalam masa terdekat.

“Namun memandangkan pasukan kami bekerja dari rumah dan beberapa perkara mengambil masa untuk disempurnakan, tarikh pengeluaran Battle Pass akan mengambil masa beberapa minggu,” kata Valve.

TI merupakan satu kejohanan dunia yang sering mencatat rekod sebagai kejohanan e-sukan yang menawarkan hadiah wang terkumpul terbanyak dalam industri ini pada setiap tahun.

Pada tahun lalu, ia menawarkan kira-kira RM146 juta dengan rekod 1.1 juta tontonan serentak di Twitch pada Grand Final, menurut GitHyp.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved