Connect with us

DOTA 2

TI9: Wang terkumpul RM104 juta, 12 pasukan rasmi layak dapat jemputan terus

Published

on

Hadiah wang terkumpul kejohanan tersebut untuk setakat adalah bernilai kira-kira RM104 juta (AS$25 juta). Foto - Blog.dota2.com

SELEPAS tamatnya kejohanan Major Dota 2 yang terakhir bagi musim 2018-2019 baru-baru ini, maka kiraan Dota Pro Circuit kini pun telah selesai.

Berikut adalah 12 pasukan terbaik dari seluruh dunia yang telah mengekalkan prestasi yang secara konsisten dan bakal menerima jemputan terus ke The International 2019 di Shanghai:

  • Team Secret (14,400 mata)
  • Virtus Pro (13,500 mata)
  • Vici Gaming (11,250 mata)
  • Evil Geniuses (6,825 mata)
  • Team Liquid (5,820 mata)
  • PSG.LGD (5,040 mata)
  • Fnatic (2,880 mata)
  • Ninjas in Pyjamas (2,620 mata)
  • TNC Predator (2,046 mata)
  • OG (1218 mata)
  • Alliance (1179 mata)
  • Keen Gaming (1140 mata)

Kelayakan Antarabangsa

Dengan 12 pasukan yang telah diputuskan, enam pasukan akan berjuang untuk satu lagi pertarungan terakhir untuk sertai kejohanan berprestij The International.

Menurut Blog.dota2, peluang terakhir itu akan bermula pada pusingan Kelayakan Terbuka pada 3 Julai nanti di peringkat Eropah, Benua Amerika Utara, Benua Amerika Selatan, Asia Tenggara, China dan CIS. 

Kejohanan terkemuka The International 2019 yang bertempat di Mercedes-Benz Arena, Shanghai, China merupakan kejohanan kemuncak yang dinantikan oleh peminat dan penggiat e-sukan Dota 2 seluruh dunia.

Ia dijangka berangsung pada 15 Ogos sehingga 25 Ogos nanti.

Hadiah wang terkumpul kejohanan tersebut untuk setakat adalah bernilai kira-kira RM104 juta (AS$25 juta).

Dua pemain profesional Malaysia Yeik Nai Zheng (MidOne) yang bermain untuk pasukan Team Secret dan Yap Jian Wei yang bermain untuk pasukan PSG.LGD (xNova) turut akan berentap dalam The International 2019.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved