Connect with us

DOTA 2

Dota 2: vtfFaded sertai Chaos EC

Published

on

Foto Facebook/ vtFaded

PEMAIN Dota 2 Malaysia Cheng Jia Hao (vtFaded) sah menyertai pasukan Chaos Esports Club.

Perkara itu diumumkan menerusi Facebook Chaos Esports Club pada malam tadi.

“Menerusi langkahya dari Asia Tenggara ke rantau Eropah, vtFaded dilihat bakal memberi nafas baharu kepada pasukan ini sempena kelayakan ke International 2019.

“Kehausan dan semangatnya dalam sentiasa memperbaiki dirinya memberi motivasi kepada Chaos,” kata pasukan itu dalam satu kenyataan malam tadi.

Menerusi penyertaan itu, vtFaded akan bermain seiringan bersama-sama pemain handalan Lasse Aukusti “MATUMBAMAN” Urpalainen yang merupakan bekas pemain pasukan juara TI7, Team Liquid.

Welcome Cheng "vtFaded" Jia HaoRounding out our roster for the International 2019 qualifiers is Cheng “vtFaded” Jia…

Posted by Chaos EC on Monday, 24 June 2019

Berikut adalah senarai penuh pemain-pemain dalam Chaos EC:

  • vtFaded (Malaysia)
  • Matumbaman 
  • Khezu
  • Milan
  • Misery

Menurut Chaos EC, pasukan ini mempunyai banyak perkara untuk dibuktikan untuk mara ke pusingan kelayakan. 

“Proses penukaran ke Eropah ini memang tidak mudah dan perjalanan ke The International ini hanyalah satu lagi cabaran baharu.

“Kami percaya, barisan pemain baharu ini mampu menggalas tugasan ini,” kata Chaos EC.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved