Connect with us

DOTA 2

Dota 2: Mushi sertai Geek Fam

Published

on

Senarai pemain baharu Dota 2 Geek Fam.

KUALA LUMPUR – Organisasi e-sukan tanah air Geek Fam mengumumkan pemain veteran Dota 2 tempatan, Chai Yee Fun (Mushi) akan menyertai barisan pemain utama e-sukan itu.

Dalam satu kenyataan, Geek Fam berkata selain Mushi, organisasi e-sukan tersebut turut mengambil kembali pemain sebelum ini Prieme Ejay Banquil (PlayHard) dan Rolen Andrei Gabriel Ong (Skemberlu).

“Kami berharap peminat Dota 2 di Asia Tenggara teruja dengan barisan baharu ini yang menampilkan pemain dari Malaysia, Indonesia dan Singapura, yang telah banyak mencapai kejayaan dalam pertandingan peringkat antarabangsa.

“Kami percaya menerusi skuad ini yang merupakan kombinasi ideal antara bakat-bakat muda dan pemain yang berpengalaman dalam pertandingan besar mampu membawa Geek Fam ke kejohanan major dan kami berharap untuk melihat kejayaan yang akan diraih bersama dalam kalangan mereka nanti,” kata Geek Fam.

Mushi merupakan nama besar dalam e-sukan Dota 2 yang sebelum ini mencatat sejarah sendiri apabila pernah memimpin pasukan Orange pada 2013 dan meraih tempat ketiga dalam kejohanan berprestij The International 2013.

Sementara itu bagi Playhard dan Skemberlu, mereka pernah memenangi kejohanan Asia Pacific Predator League dan Liga E-sukan Malaysia 2018.

Berikut adalah senarai pemain terkini dalam pasukan Dota 2 Geek Fam: 

  • Marc Polo Luis “Raven” Fausto 
  • Chai “Mushi” Yee fung 
  • Rolen Andrei Gabriel “Skemberlu” Ong 
  • Kenny “Xepher” Deo 
  • Prieme Ejay “PlayHard” Banquil 

Geek Fam merupakan pasukan e-sukan Malaysia yang ditubuhkan pada November 2016.

Antara pencapaian mereka setakat ini termasuk tempat ketiga Asia Pacific Predator League 2019, juara ZOTAC Cup Premier: DOTA2 SEA 2017 dan ProDotA Cup Southeast Asia #8.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved