Connect with us

DOTA 2

Hadiah wang terkumpul TI9 cecah RM123 juta

Published

on

Foto - Blog.dota2.com

HADIAH wang terkumpul bagi kejohanan terkemuka e-sukan Dota 2 mencatat sejarah tersendiri apabila ia telah mencecah kira-kira RM123 juta (AS$30 juta).

Ia sekali gus menjadi jumlah hadiah wang terkumpul paling banyak ditawarkan dalam sejarah kejohanan e-sukan.

Sebelum ini, hadiah wang terkumpul tersebut bermula dengan RM 6.5 juta (AS$1.6 juta).  

25 peratus bagi setiap pembelian Battle Pass turut telah ditambah ke dalam jumlah hadiah wang tersebut.

Sebanyak 12 pasukan terbaik dari seluruh dunia telah menerima jemputan terus ke The International 2019 yang akan berlangsung di Mercedes-Benz Arena, Shanghai China selepas mengumpul mata Dota Pro Circuit. Mereka adalah: 

  • Team Secret (14,400 mata)
  • Virtus Pro (13,500 mata)
  • Vici Gaming (11,250 mata)
  • Evil Geniuses (6,825 mata)
  • Team Liquid (5,820 mata)
  • PSG.LGD (5,040 mata)
  • Fnatic (2,880 mata)
  • Ninjas in Pyjamas (2,620 mata)
  • TNC Predator (2,046 mata)
  • OG (1218 mata)
  • Alliance (1179 mata)
  • Keen Gaming (1140 mata)

Sementara itu beberapa pusingan kelayakan telah diadakan di peringkat Asia Tenggara, China, Amerika Utara, Amerika Selatan dan Eropah yang menyaksikan pasukan Forward Gaming, Infamous, Chaos Esports Club, Natus Vincere, Royal Never Give Up dan Mineski bakal ke kejohanan berprestij itu.

Kejohanan itu juga menyaksikan 5 pemain Malaysia akan beraksi merebut kejuaraan The International edisi kesembilan, iaitu MidOne (Team Secret), xNova (PSG.LGD), Moon (Mineski), Ah Fu (Royal Never Give Up) dan VtFaded (Chaos EC).

Grafik : What’s The Meta / Faizal Ramli

Kejohanan The International 9 bakal bermula pada 15 Ogos sehingga 25 Ogos 2019.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved