Connect with us

DOTA 2

#TI9 – Rumusan hari pertama, 2 bekas juara dunia ‘terciduk’

Published

on

Megah terpancar sinarannya, pasukan manakah yang akan membawa pulang Aegies pada tahun ini? - Foto Twitch / Dota 2

SHANGHAI – Acara utama The International 9 yang membuka tirai semalam berlangsung dengan meriah dan beberapa kejutan juga berlaku.

PSG.LGD yang dianggotai oleh seorang pemain Malaysia, Yap Jian Wei (xNova) membuka tirai perlawanan pertama upper bracket dengan cemerlang di hadapan penyokong sendiri apabila mereka mudah menewaskan pasukan Virtus Pro.

Corak permainan agresif PSG.LGD di awal minit nyata membuatkan Virtus Pro sukar untuk membendung mereka dan merek memenangi siri ini 2-0.

Dalam satu lagi pertembungan upper bracket, menyaksikan gergasi tuan rumah, Vici Gaming terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya menewaskan pasukan dari Filipina, TNC Predator 2-1.

Perlawanan pertama siri ini berlangsung selama 75 minit penuh dengan aksi yang mendebarkan.

Selepas itu, 4 perlawanan lower bracket yang berformat Best of 1 berlangsung yang juga melibatkan dua pemain negara, Ah Fu dan Moon yang mewakili RNG dan Mineski.

Mereka berjaya mara ke pusingan seterusnya selepas mengejutkan dua bekas pasukan juara The International, Alliance dan Natus Vincere.

Ini adalah kekecewaan terbesar dalam kejohanan itu setakat ini.

Team Liquid menepati ramalan akan mara ke pusingan seterusnya selepas membenam cabaran sebuah lagi pasukan dari Asia Tenggara, Fnatic walaupun memberi tentangan sengit di awal permainan.

Infamous juga membuktikan pasukan dari Amerika Selatan bukanlah mangsa punching bag (tempat unutk dibelasah) selepas menumbangkan pasukan tuan rumah, Keen Gaming.

The International 9 akan diteruskan lagi hari ini dan tinggal 12 pasukan lagi yang masih berpeluang untuk merebut hadiah utama bernilai RM63.4 juta ($15.2 juta).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved