Connect with us

DOTA 2

#TI9 – Perlawanan NaVi vs Mineski paling popular pada hari pertama – Esports Charts

Published

on

Barisan terkini Mineski terdri daripada seorang pemain Malaysia Kam Boon Seng (Moon), bersama Nikolay Nikolov (Nikobaby), Damien Chok (kpii), Ray Jay Qui (Bimbo) dan Michael Ross Jr (ninjaboogie). - Foto Twitter / @MineskiProTeam

SHANGHAI – Pertarungan peringkat lower bracket Kejuaraan Dunia Dota 2 The International 2019 antara Natus Vincere (NaVi) dan Mineski Pro Team (Mineski) yang berlangsung semalam mencatatkan perlawanan paling popular ditonton pada hari pertama acara utama kejohanan itu.

Dalam perlawanan itu mencatat rekod 1,198,594 jumlah tontonan, menurut laporan Esports Charts.

Menurut laporan itu, jumlah tontonan tersebut tidak termasuk penstriman langsung dari China.

Menerusi pertembungan itu juga menyaksikan Mineski berjaya menewaskan NaVi 1-0 dan seterusnya menyebabkan NaVi terkeluar dalam kejuaraan paling berprestij itu yang disertai 16 pasukan terbaik dunia.

Barisan terkini Mineski terdiri daripada seorang pemain Malaysia, Kam Boon Seng (Moon), bersama pemain-pemain profesional yang lain iaitu Nikolay Nikolov (Nikobaby), Damien Chok (kpii), Ray Jay Qui (Bimbo) dan Michael Ross Jr (ninjaboogie).

Pada minggu lalu, pemain profesional e-sukan Dota 2 tanah air, Chai Yee Fung (Mushi) turut disahkan menjadi jurulatih bersama bagi pasukan Mineski bersama-sama Yap Chee Leong (Kenchi Yap).

Ketika ini sedang berlangsung acara utama Kejuaraan Dunia The International 2019 di Mercedes-Benz Arena, Shanghai, China.

The International 9 menawarkan hadiah terkumpul bernilai kira-kira RM139.3 juta ($33.3juta) dan juara akan membawa pulang kira-kira RM63.4 juta ($15.2 juta).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved