Connect with us

DOTA 2

#TI9 : Finalis edisi yang lepas mula tunjuk taring, bekas juara dunia ditunjukkan jalan keluar

Published

on

Pemain profesional Dota 2 Anathan Pram (Ana) bersama rakan-rakan sepasukannya, OG menamatkan kempen peringkat kumpulan kali ini dengan rekod enam kemenangan dan dua seri. - Foto tangkap layar YouTube / Red Bull Gaming

FINALIS The International edisi yang lepas, OG dan PSG.LGD sudah menunjukkan amaran awal kepada pencabar kejuaraan yang lain apabila mereka berjaya mendominasi peringkat kumpulan yang telah berlangsung selama empat hari bermula 15 Ogos yang lepas.

Juara dunia 2018, OG yang diundi di dalam kumpulan B bermula sedikit goyah apabila terikat 1-1 dengan bekas juara dunia edisi sulung kejohanan, Natus Vincere namun mereka berjaya memenangi enam perlawanan selepas itu sebelum mengakhiri perlawanan hari terakhir dengan keputusan seri menentang Vici Gaming.

OG menamatkan kempen peringkat kumpulan kali ini dengan rekod enam kemenangan dan dua seri.

Sementara itu, PSG.LGD menerima tentangan sengit daripada jaguh Eropah, Team Secret dalam kumpulan A.

Kemenangan ke atas Team Secret 2-0 pada hari ketiga peringkat kumpulan menjadi batu loncatan buat PSG.LGD untuk mengakhiri saingan di tangga teratas kumpulan A.

Pasukan PSG.LGD yang turut dianggotai seorang pemain Malaysia, Yap Jian Wei (xNova) memilih Virtus Pro sebagai lawan mereka untuk pusingan winner bracket yang pertama manakala johan kumpulan B, OG memilih untuk berdepan Newbee dalam pusingan yang sama.

Nasib yang berbeza bagi 2 bekas juara dunia, Laise Urpalainen (MATUMBAMAN) dan Peter Dager (ppd) yang terpaksa melupakan hasrat untuk menjulang Aegis untuk kali kedua apabila Ninjas In Pyjamas dan Chaos EC masing-masing menghuni tangga tercorot kumpulan A dan B seterusnya terkeluar daripada saingan tahun ini.

Pusingan utama The International 9 yang akan bermula pada 20 sehingga 25 Ogos 2019 menawarkan hadiah utama bernilai RM63.4 juta ($15.2 juta) kepada juara edisi kali ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved