Connect with us

DOTA 2

#TI9 : 4 pemain negara mara ke pusingan utama manakala vtFaded terkandas

Published

on

The International 9 akan membuka tirai pusingan utama pada 20 hingga 25 Ogos 2019. - Foto Blog rasmi Dota 2

EMPAT pemain negara yang sedang beraksi di Shanghai, China untuk kejohanan The International 9 telah berjaya melepasi peringkat kumpulan.

Mereka adalah MidOne (Team Secret), Moon (Mineski), xNova (PSG.LGD) dan Ah Fu (RNG).

Sementara itu, Jian Hao (vtFaded) yang beraksi untuk pasukan Chaos EC terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada rakan senegaranya yang lain selepas pasukannya tersingkir awal daripada saingan.

Beliau turut memohon maaf kepada peminat yang sentiasa menyokongnya dalam satu kicauan di Twitter.

Chaos EC menamatkan saingan di tangga tercorot kumpulan A selepas hanya memungut tiga mata seri dan selebihnya tewas dalam lapan perlawanan.

Sementara itu, xNova (PSG.LGD) dan MidOne (Team Secret) berjaya mendominasi tempat pertama dan kedua kumpulan A apabila pasukan mereka berjaya mengekalkan momentum yang baik sejak hari pertama lagi.

Ah Fu (RNG) yang menjadi pemain tunggal negara untuk beraksi dalam kumpulan B hampir sahaja tersingkir namun mereka terselamat pada hari terakhir peringkat kumpulan.

Dalam pada itu, seorang lagi pemain negara, Moon (Mineski) terpaksa berpuas hati di tempat ke-enam kumpulan A walaupun bermula dengan sangat baik pada hari pertama hingga ke-tiga namun keputusan seri pada tiga perlawanan terakhir merencatkan persembahan mereka untuk kekal sebagai empat pasukan teratas.

Kesemua pasukan akan berehat hari ini sebelum kembali memulakan saingan pusingan utama yang akan berlangsung di Mercedes-Benz Arena, Shanghai, China.

The International 9 menawarkan hadiah terkumpul bernilai kira-kira RM139.3 juta ($33.3juta) yang akan membuka tirai pusingan utama pada 20 hingga 25 Ogos 2019.

DOTA 2

Topson timang cahaya mata pertama, bernama Riina Azalea

Published

on

Foto: Twitter / Topson

PEMAIN profesional Dota 2 bagi pasukan OG, Topias Miikka Taavitsainen (Topson) menyambut kelahiran cahaya pertama pada semalam.

Topson mendedahkan berita gembira itu di akaun Twitter rasminya.

“Bayi seorang perempuan, Mawar (isteri) dan saya sangat gembira proses kelahiran berjalan dengan lancar.

“Saya sangat menyayanginya,” kata Topson.

Sementara itu, isteri Topson Mawar Remy Taavitsainen, turut memuat naik berita gembira itu di Instagram dan menyatakan pasangan itu mahu menjaga beberapa perkara secara privasi.

Mawar turut mendedahkan anak pertama mereka itu dinamakan sebagai Riina Azalea Taatvisainen.

Topson merupakan pemain utama bagi pasukan yang memenangi kejuaraan dunia Dota 2, The International dua tahun berturut-turut.

Beliau baharu sahaja menyertai kejohanan OMEGA League: Europe Immortal Division yang berlangsung 14 Ogos sehingga 6 September yang lalu.

Dalam kejohanan itu, Topson dan OG tewas kepada Team Secret di Grand Final dan membawa pulang kira-kira RM510,000 (AS$125,000).

Continue Reading

DOTA 2

The International 10 ditunda sehingga 2021 kerana Covid-19

Published

on

Foto: Valve

KEJOHANAN dunia Dota 2, The International bagi edisi ke-10 (TI10) akan ditunda sehingga 2021.

Pembangun dan penerbit e-sukan Dota 2, Valve berkata keputusan penangguhan kejohanan berprestij itu adalah berikutan situasi wabak Covid-10 yang melanda seluruh dunia ketika ini.

“Selepas melakukan pertimbangan secara terperinci mengenai situasi kesihatan di peringkat global, kami telah membuat satu keputusan sukar untuk menangguhkan TI10.

“Kami sedang mengenalpasti tarikh yang bersesuaian namun ia dijangka akan diadakan pada 2021.

“Kami tidak boleh memberikan tarikh yang lebih khusus berikutan polisi-polisi perjalanan di peringkat global, trajektori virus dan larangan serta sekatan untuk berkumpul di peringkat tempatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada tahun lalu, Valve mengumumkan TI10 akan diadakan di Stockholm, Sweeden.

Sementara itu Valve berkata pihaknya juga sedang menstrukturkan semula musim DPC dan akan berkongsikan maklumat kepada orang ramai mengenai perkara itu pada masa akan datang.

Valve juga berkata, Battle Pass juga akan dikeluarkan beberapa minggu lebih lambat dari biasa.

“25 peratus daripada hadiah wang terkumpul TI10 adalah hasil dari jualan Battle Pass yang kami telah merancang untuk dikeluarkan dalam masa terdekat.

“Namun memandangkan pasukan kami bekerja dari rumah dan beberapa perkara mengambil masa untuk disempurnakan, tarikh pengeluaran Battle Pass akan mengambil masa beberapa minggu,” kata Valve.

TI merupakan satu kejohanan dunia yang sering mencatat rekod sebagai kejohanan e-sukan yang menawarkan hadiah wang terkumpul terbanyak dalam industri ini pada setiap tahun.

Pada tahun lalu, ia menawarkan kira-kira RM146 juta dengan rekod 1.1 juta tontonan serentak di Twitch pada Grand Final, menurut GitHyp.

Continue Reading

DOTA 2

Nama skuad Dota 2 Team IO hanya sementara, tunggu penaja – Kenchi

Published

on

Kenchi Yap (kiri) bersama pemain legenda tanah air, Mushi yang turut bersama dalam Team IO. Mereka kini sedang bersaing dalam slot terakhir kelayakan ke ESL One Los Angeles 2020. - Foto fail

KUALA LUMPUR – Pasukan Dota 2, Team IO menggunakan nama tersebut dalam tempoh tertentu sehingga mendapat penajaan.

Jurulatih pasukan tersebut, Kenchi Yap berkata pasukan tersebut masih lagi baharu dan terdiri daripada beberapa pemain pengalaman dari pasukan yang berbeza.

“Bagi pasukan Mineski yang saya pernah urus sebelum ini akan berada naungan Mineski Global, jadi saya tiada maklumat lanjut mengenai perkara itu,” kata Kenchi kepada What’s The Meta Today.

Team IO yang turut terdiri daripada dua pemain legenda tanah air, Mushi dan Ohaiyo kini sedang bersaing dalam slot terakhir kelayakan ke ESL One Los Angeles 2020.

Pasukan Dota 2 Team IO, merupakan skuad di bawah syarikat IO Esports yang sebelum ini dikenali sebagai Mineski Malaysia (MET Malaysia).

Menurut Kenchi, syarikat terbaharu IO Esports itu akan beroperasi sebagai penganjur utama e-sukan.

“Kami akan melancarkan rancangan strategik bagi IO Esports untuk maju dalam mencapai kejayaan di peringkat tempatan dan antarabangsa dengan beberapa rancangan e-sukan bagi tahun 2020 di seluruh Asia Tenggara,” kata Kenchi.

Pada tahun lalu, IO Esports bersama Mineski telah menganjurkan Kejohanan Dunia Mobile Legends : Bang Bang (M1) di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

Bagi anda yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai IO Esports, boleh layari ioesports.gg.

Continue Reading

Trending

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved