Connect with us

DOTA 2

#TI9 : Akhirnya, Valve umum undian peringkat kumpulan

Published

on

Keputusan penuh undian peringkat kumpulan yang baru diumumkan sebentar tadi.

PENANTIAN undian peringkat kumpulan untuk kejohanan The International 9 akhirnya berakhir selepas Valve membuat pengumuman rasmi.

Juara edisi yang lepas, OG diundi di dalam Kumpulan B bersama-sama juara edisi sulung kejohanan, Natus Vincere.

Dua kelab gergasi dari Eropah, Team Secret dan Team Liquid telah diundi di dalam Kumpulan A yang turut disertai oleh Chaos EC yang dijangka menjadi ‘kuda hitam’ dalam kejohanan ini.

4 daripada 5 pemain Malaysia yang menyertai kejohanan dunia ini juga diundi di dalam kumpulan A iaitu Moon (Mineski), xNova (PSG.LGD), vtFaded (Chaos EC) dan pemain sensasi negara, MidOne (Team Secret).

Sementara itu, Ah Fu (RNG) bakal bertarung di dalam kumpulan B yang disertai oleh dua bekas juara dunia, OG dan Natus Vincere serta pasukan gergasi tuan rumah, Vici Gaming.

Perlawanan peringkat kumpulan akan bermula 15-18 Ogos dan pasukan tercorot untuk kedua-dua kumpulan bakal disingkirkan dari saingan.

The International 9 merupakan kejohanan e-sukan yang mempunyai hadiah terkumpul tertinggi di dunia ketika ini iaitu kira-kira RM137.7 juta ($32.8 juta) untuk dimenangi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved