Connect with us

DOTA 2

#TI9 – Ana terus mengganas dengan IO, OG kini Top 6

Published

on

Setakat ini, Ana mengekalkan rekod kemenangan 100% bagi penggunaan hero Io dalam kejohanan berprestij itu. - Foto tangkap layar YouTube / Redbull Gaming

SHANGHAI – Pemain profesional Dota 2 bagi pasukan OG, Anathan Pram (Ana) terus memberikan persembahan yang mengagumkan dan luar biasa di pentas dunia, The International apabila sekali lagi ‘mengganas’ dengan menggunakan hero IO.

Ana yang menggunakan hero support itu buat kali kelima dalam pentas antarabangsa itu menamatkan perlawanan pertama menentang Newbee dengan mata KDA 5/2/13.

Secara purata, Ana dilihat mampu menyiapkan Aghanim Scepter dalam masa 15 minit dan mampu mendapatkan mata bunuh solo (solo kill) pada bila-bila masa sahaja.

Sebelum ini, Ana pernah menggunakan Io buat pertama kali pada siri empat peringkat kumpulan dalam kejohanan itu, apabila menentang Ninjas in Pyjamas (NiP).

Setakat ini, Ana mengekalkan rekod kemenangan 100% bagi penggunaan hero Io dalam kejohanan berprestij itu.

Sementara itu, Ana bersama rakan-rakan sepasukannya yang lain berjaya menundukkan Newbee pada pusingan kedua, yang seterusnya berjaya menempah tempat enam terbaik dalam The International 9. 

Menerusi kemenangan itu, OG masih berada di upper bracket, manakala Newbee jatuh di lower bracket.

Ketika ini sedang berlangsung acara utama Kejuaraan Dunia The International 2019 di Mercedes-Benz Arena, Shanghai, China.

The International 9 menawarkan hadiah terkumpul bernilai kira-kira RM139.3 juta ($33.3juta) dan juara akan membawa pulang kira-kira RM63.4 juta ($15.2 juta).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved