Connect with us

DOTA 2

#TI9 – Rumusan hari kedua, harapan peminat CIS musnah

Published

on

Pemain profesional Dota 2 bagi pasukan Virtus Pro yang baru berusia 20 tahun, Roman Kushnarev ketika beraksi menentang RNG semalam. - Foto tangkap layar Twitch / dota2

SHANGHAI – Penghuni tangga kedua Dota Pro Circuit musim ini, Virtus Pro meneruskan badi kekalahan kepada pasukan tuan rumah, kali ini mereka terus ditunjukkan jalan keluar oleh RNG.

Sebelum ini, pada hari pertama kejohanan Virtus Pro tewas mudah kepada PSG.LGD di upper bracket dan prestasi buruk itu diteruskan di dalam lower bracket ketika bertemu RNG yang dianggotai oleh pemain negara, Tue Soon Chan (Ah Fu).

Tersingkirnya Virtus Pro hari ini, maka Natus Vincere kekal sebagai pasukan tunggal dari rantau CIS yang pernah menjadi juara untuk kejohanan berprestij ini.

Terdahulu, OG dan Evil Geniuses Berjaya menempatkan diri mereka dalam kelompok 6 pasukan terbaik untuk edisi kali ini.

OG yang hadir dengan misi mempertahankan kejuaraan memulakan saingan Main Event dengan penuh bergaya selepas berjaya menewaskan Newbee 2-0.

Ananthan Pam (Ana) pemain carry OG, mencipta catatan peribadi dengan mengekalkan rekod kemenangan 100% menggunakan hero Io dalam kejohanan ini.

BACA: #TI9 – Ana terus mengganas dengan IO, OG kini Top 6

Dua pasukan gergasi, Team Secret dan Evil Geniuses pula mempamerkan aksi yang sungguh luar biasa dan ternyata gelaran ‘gergasi’ bagi mereka bukanlah hanya sekadar nama.

Kedua-dua pasukan saling membalas serangan tetapi Evil Geniuses ternyata lebih handal dan memenangi siri tersebut dengan mata 2-1.

Perlawanan terakhir untuk hari ini menemukan jaguh Asia Tenggara, TNC Predator dan bekas juara The International 7, Team Liquid.

Walaupun pemain TNC Predator menerima tekanan yang hebat oleh peminat Dota 2 tempatan gara-gara insiden yang pernah dicetuskan oleh pemain offlane, Kuku, namun mereka masih mampu memberikan saingan yang sengit.

TNC Predator cuba bangkit selepas tewas pada perlawanan pertama namun kesilapan mereka memberi ruang kepada pemain carry pasukan lawan, Miracle- yang menggunakan Anti-Mage ketika itu untuk farm terlalu lama memakan diri dan mereka tewas 0-2 seterusnya terkeluar daripada kejohanan.

The International 9 akan meneruskan saingan sehingga 25 Ogos yang menyaksikan juara edisi kali ini bakal membawa pulang hadiah utama bernilai RM63.4 juta ($15.2 Juta).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved