Connect with us

DOTA 2

#TI9 – Team Secret menang 2-1 lawan Mineski di lower bracket

Published

on

Team Secret kini sah berada dalam kelompok lapan pasukan teratas dalam Kejohanan Dunia The International 2019. - Foto What's The Meta / Faizal Ramli

SHANGHAI – Team Secret mara ke pusingan Kejohanan Dunia The International yang seterusnya selepas menang 2-1 menentang Mineski pada peringkat lower bracket Kejuaraan Dunia The International 2019 seketika tadi.

Perlawanan yang berlangsung di Mercedes-Benz Arena, Shanghai, China itu menyaksikan Team Secret yang turut terdiri daripada seorang pemain Malaysia, MidOne kini berada dalam kelompok 8 pasukan teratas dalam kejohanan itu.

Sementara itu Mineski yang tewas dalam perlawanan epik itu tersingkir dari kejohanan berprestij itu dan membawa hadiah wang tunai kira-kira RM2 juta (AS$674,000).

Mega Creep Comeback Team Secret

Pada pusingan pertama lower bracket itu, Team Secret menggunakan hero: Rubick, Tidehunter, Crystal Maiden, Visage dan Meepo.

Sementara itu senarai hero yang digunakan Mineski adalah:

Mirana, Wraith King, Witch Doctor, Omniknight dan Alchemist.

Pada pusingan pertama ini Team Secret dilihat ketinggalan terutama apabila kesemua baracks di kawasan mereka telah dimusnahkan Mineski.

Namun mereka melakukan satu kejutan menerusi Mega Creep Comeback pada saat-saat akhir untuk memenangi perlawanan pertama.

Sementara itu pada pusingan kedua, Team Secret seolah-olah mahu mengulangi comeback seperti pusingan pertama menerusi hero; Ogre Magi, Rubick, Phantom Assasin, Magnus dan Storm Spirit.

Bagaimanapun, ia dinafikan anak-anak buah Mushi menerusi hero; Witch Doctor, Tiny, Faceless Void, Lina dan Enchantress.

Mineski berjaya menyamakan kedudukan 1-1 ketika ini.

Pada pusingan ketiga menyaksikan Team Secret kembali mendapat momentum sebagai jaguh utama DPC apabila mereka menamatkan saingan dengan lebih cepat berbanding pusingan sebelum ini.

Menerusi kemenangan itu, Team Secret bakal bertemu dengan The Giant Killer, Infamous pada pusingan lower bracket yang seterusnya pada esok.

Team Secret kini sah berada dalam kelompok lapan pasukan teratas dalam Kejohanan Dunia The International 2019.

Turut berada dalam kelompok itu adalah Infamous, OG, Evil Geniuses, Newbee, PSG.LGD, Vici Gaming dan RNG Royal.

Setakat ini hanya tinggal tiga pemain Malaysia yang beraksi di pentas paling berprestij ini iaitu, MidOne (Team Secret), xNova (PSG.LGD) dan Ah Fu (RNG Royal).

Ketika ini sedang berlangsung acara utama Kejuaraan Dunia The International 2019 di Mercedes-Benz Arena, Shanghai, China.

The International 9 menawarkan hadiah terkumpul bernilai kira-kira RM139.3 juta ($33.3juta) dan juara akan membawa pulang kira-kira RM63.4 juta ($15.2 juta).

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved