Free Fire
SEM9 cari talent baru Free Fire

KUALA LUMPUR – Meski telah membubarkan skuad Free fire disebabkan tindakan beberapa pemain yang melakukan kesalahan smurfing, namun organisasi e-sukan Asia Tenggara, SEM9 masih mahu membantu menaikkan komuniti e-sukan itu.
“Kami masih mahu merekrut pemain-pemain Free Fire baru untuk SEM9 tapi perkara ini perlu ambil masa memandangkan acara MCP (Malaysia-Kemboja-Filipina) Free Fire telah bermula.
“Kami perlu tunggu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SEM9, Tommy Chieng kepada WTM Today.
Pada Ahad lalu, skuad Free Fire SEM9 telah dibubarkan.
https://www.facebook.com/SEM9.gg/posts/376991153827339
Ia berikutan tindakan beberapa pemainnya, iaitu (Muhd Aiman Hariz Idris) Xshura, Muhd Faris Mohd Sharol (XZennOP) dan Muhammad Azman Buyung (xNEWB) telah terlibat dalam aktiviti permainan yang tidak adil dalam kejohanan.
Skuad itu ditubuhkan pada 25 Jun 2021 dan turut disertai penghibur penstriman popular Facebook Gaming, Mohd Ridhwan Kadar @ Kadir (xMrD) dan Muhammad Fahmi Iskandar Suhaizan (xMirull).
BACA: Mr D sertai skuad Free Fire SEM9, sasar juara dunia
Selain skuad Free Fire, SEM9 juga mempunyai skuad Wild Rift dan telah menyertai Kejohanan Playoff Liga Wild Rift Malaysia Musim Panas 2021 pada Mei lalu.
SEM9 juga telah mengadakan satu kerjasama dengan pasukan PUBG Mobile popular tanah air, Gank pada 11 Ogos lalu. Pasukan itu kini dikenali sebagai SEM9.Gank.
https://www.instagram.com/p/CSbWKW6trGX/