Connect with us

Free Fire

Mr D sertai skuad Free Fire SEM9, sasar juara dunia

Published

on

ORGANISASI e-sukan SEM9 telah menubuhkan skuad Free Fire tempatan pada semalam.

SEM9 berkata pasukannya yang terdiri daripada bekas pemain AutoKnockOut (AKO) dan Fast Kill mahu menjadi pasukan nombor 1 dunia dengan memenangi siri kejohanan di peringkat negara dan global.

“SEM9 mensasarkan gelaran terbaik di dunia dan bagi memenuhi misi ini, kami perlu menewaskan pesaing terbesar iaitu GEEK Fam dalam Kejohanan Free Fire Malaysia (FFMC) 2021.

“Namun pertarungan ini perlu ditunggu memandangkan SEM9 kini berada dalam kumpulan B, manakala Geek Fam dalam Kumpulan C FFMC 2021,” kata SEM9 dalam satu kenyataan.

SEM9 telah melalui peringkat kelayakan FFMC dan akan memulakan peringkat liga pertandingan itu pada hari ini.

Liga Free Fire Malaysia akan berlangsung pada 26 Jun sehingga 18 Julai nanti dan ia menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM200,000 (AS$50,000).

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif SEM9, Tommy Chieng, berkata pasukannya terdiri daripada pemain muda tanah air yang berbakat besar.

“Mereka mempunyai potensi untuk ke peringkat tertinggi kompetitif Free Fire sama ada di Malaysia atau peringkat antarabangsa,” kata Tommy dalam satu kenyataan.

SEM9 terdiri daripada pemain popular Free Fire, MrD yang mempunyai 1.6 juta pengikut di Facebook. Dia akan bertindak sebagai Flanker dan kapten pasukan Free Fire SEM9.

Berikut adalah senarai pemain utama SEM9:

  • Mohd Ridhwan Kadar @ Kadir (xMrD)
  • Muhammad Azman Buyung (xNEWB)
  • Muhd Faris Mohd Sharol (xZennOP)
  • Muhd Aiman Hariz Idris (xShuraa)
  • Muhammad Fahmi Iskandar Suhaizan (xMirull)

SEM9 akan memulakan misi untuk menjadi yang terbaik di Malaysia dan di dunia pada jam 1 tengah hari nanti dalam FFMC 2021. Selain Free Fire, SEM9 juga mempunyai skuad Wild Rift dan telah menyertai Kejohanan Playoff Liga Wild Rift Malaysia Musim Panas 2021 pada Mei lalu.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved