Connect with us

DOTA 2

#MeetOG: “Saya lagi suka jadi pemain” – Ceb

Ceb menyifatkan tekanan menjadi jurulatih lagi kuat berbanding menjadi seorang pemain.

Published

on

Pemain profesional bagi pasukan Dota 2 OG, Sebastien Debs (kanan) bersama rakan sepasukannya Topias Taavitsainen (Topson) dalam satu sidang media tayangan eksklusif dokumentari Against The Odds anjuran Red Bull Malaysia di Sunway University semalam. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

SUBANG JAYA – Pemain profesional bagi pasukan Dota 2 OG, Sebastien Debs (Ceb) menyifatkan yang beliau lebih selesa dengan posisinya sebagai pemain utama pasukan tersebut berbanding memikul tanggungjawab sebagai jurulatih.

Ceb berkata meski cabaran dihadapi sebagai pemain memang berbeza ketika ini, ia sebenarnya lebih baik daripada apa yang dijangkakannya.

“Tekanan menjadi jurulatih lagi kuat berbanding menjadi seorang pemain sebab kita tidak mempunyai kawalan (dalam permainan) secara terus.

“Saya ingat lagi ketika saya menonton mereka bermain, saya berasa gelisah bukan kerana tidak yakin dengan abiliti mereka untuk menang perlawanan namun ia lebih kepada perasaan menonton sesuatu yang kita tidak boleh kawal.

“Jadi, posisi sebagai jurulatih memang satu tekanan yang sangat kuat. Tapi sebagai seorang pemain, anda boleh jadi lebih fokus dan kurang tekanannya,” kata Ceb ketika menjawab soalan pemberita semalam, dalam satu sidang media tayangan eksklusif dokumentari Against The Odds anjuran Red Bull Eropah di Sunway University, di sini, semalam.

Tambah Ceb lagi, beliau gembira dengan posisinya sebagai pemain OG sekarang.

Ceb memulakan karier dalam e-sukan Dota 2 sejak 2011 lagi dan mula dikenali umum selepas mendapat tempat keempat dalam Dreamhack Winter 2011 bersama pasukan Team Shakira.

Beliau mula menyertai OG pada lewat 2015 sebagai jurulatih pasukan itu selepas menjadi penganalisis bagi kejohanan Shanghai Major pada tahun yang sama.

Selepas penyertaan Ceb, pasukan tersebut mula mendominasi kejohanan-kejohanan major di Kiev, Boston, Manila dan Frankurt. 

Pada Mac 2018, Ceb menjadi pemain ganti untuk OG selepas bekas pemain pasukan itu Roman Fominok (Resolut1on) umum untuk mengundur diri.

Pada Jun 2018, Ceb secara rasmi mengisi posisi offlane pasukan OG untuk kejohanan dunia The International 2018.

Dalam kejohanan paling berprestif dalam Dota 2 itu menyaksikan OG muncul juara dan membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM42 juta.

Selain Ceb, pasukan OG terdiri daripada Johan Sundstein (N0tail), Topias Taavitsainen (Topson), Anathan Pram (Ana) dan Jesse Vainikka (JerAx).

Pastikan anda menonton perjalanan mereka merangkul bergelar juara dunia, Against The Odds di lawan sesawang Redbull.com!

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved