Connect with us

DOTA 2

#MeetOG: Kami belajar cara kupas durian – JerAx

Published

on

OG kini berada di Malaysia untuk menjalani latihan bootcamp sebagai persiapan ke The International 9 di Shanghai, China nanti. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

SUBANG JAYA – Pemain-pemain profesional pasukan Dota 2 terkemuka dunia, OG yang kini sedang menjalani latihan bootcamp di Malaysia turut berkesempatan untuk mencuba cara mengupas buah durian ketika mereka berada di sini.

“Malaysia memang satu lokasi yang sangat tenang dan lokasi yang sangat bagus untuk bootcamp.

“Setakat ini memang layanan Malaysia terhadap kami memang baik.

“Hari ini (semalam) kami cuba mengupas durian dengan cara tradisional,” kata pemain OG, Jesse Vainikka (JerAx).

JerAx turut berkata dia selesa dengan cuaca yang ada di Malaysia setakat ini.

JerAx berkata demikian dalam satu sidang media tayangan eksklusif dokumentari perjalanan OG sebelum bergelar juara dunia, Against The Odds, anjuran Red Bull Eropah yang berlangsung di Auditoriam JC 3, Sunway University, di sini, semalam.

Turut hadir dalam sidang media itu adalah pemain-pemain OG yang lain, iaitu Anathan Pham (ana), Topias Taavitsainen (Topson), Sébastien Debs (Ceb) dan Johan Sundstein (N0tail).

Sementara itu, bagi kapten N0tail pula, dia berkata Malaysia memang pilihan yang terbaik bagi pasukan itu untuk menjalani latihan bootcamp berikutan kelangkapan jaringan internet yang baik.

“Faktor paling utama Malaysia dipilih adalah kerana negara ini berkongsikan zon waktu yang sama dengan Shanghai.

“Lantaran itu, Malaysia mempunyai kelebihan di situ untuk kami membiasakan diri (sebelum ke kejohanan) seperti yang kami lakukan di Kanada (lokasi The International 8) sebelum ini,” kata N0tail.

Pada kejohanan The International 2018, OG muncul juara selepas mengalahkan pasukan China PSG.LGD 3-2 pada grand final dan membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM42 juta.

Bagi anda yang mahu menonton dokumentari Against The Odds boleh layari laman web Redbull.com!

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved