Connect with us

DOTA 2

#MeetOG : “Kehadiran Sockschka sangat membantu” – Ceb

Published

on

CEB (tengah): Kehadiran Sockschka sangat-sangat membantu terutamanya ketika di Moscow (menggantikan N0tail yang sakit) dan kami berharap di Shanghai nanti dia mampu menjalankan tugasnya yang baik sebagai jurulatih. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

SUBANG JAYA – Pemain offlane pasukan OG, Sebastien Debs (Ceb) sempat bergurau bersama media bila ditanya tentang rancangan jurulatih OG, Titouan Merloz (Sockschka) sama ada akan kembali menjadi pemain ataupun tidak di masa hadapan.

“Dia (Sockschka) hanya akan bermain jika ada antara kami lumpuh dan jelas itu bukan sesuatu yang kami mahu.

“Walaupun kita semua tahu dia seorang pemain Dota 2 yang baik tetapi kami rela kekalkan barisan pemain yang sedia ada (tanpanya),” gurau Ceb sambil tertawa.

Ceb berkata demikian dalam satu sidang media tayangan eksklusif dokumentari perjalanan OG sebelum bergelar juara dunia, Against The Odds, anjuran Red Bull Eropah yang berlangsung di Auditoriam JC 3, Sunway University, di sini, semalam.

Pasukan OG mempunyai sejarahnya tersendiri dengan rekod yang baik apabila seseorang jurulatih itu diangkat menjadi pemain tetap.

Ceb merupakan bekas jurulatih OG dan kini menjadi pemain utama selepas mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Roman Fominok (Resolut1on) sebagai pemain gantian.

Selepas itu, Ceb terus menjadi pemain tetap OG selepas Gustav Magnusson (s4) pula mengambil keputusan berpindah ke pasukan Evil Geniuses.

Hasil daripada percaturan yang berisiko tinggi itu, OG muncul sebagai juara dunia The International 2018 dan membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM42 juta.

“Kehadiran Sockschka sangat-sangat membantu terutamanya ketika di Moscow (menggantikan N0tail yang sakit) dan kami berharap di Shanghai nanti dia mampu menjalankan tugasnya yang baik sebagai jurulatih,” sambungnya lagi.

Terdahulu Ceb juga ada berkongsi pandangannya sama ada menjadi jurulatih atau pemain lebih mencabar.

BACA: : “Saya lagi suka jadi pemain” – Ceb

Sockschka merupakan bekas pemain professional untuk beberapa pasukan antaranya Mortal Teamwork (mTw) dan Sigma sekitar tahun 2011 sehingga 2015 sebelum membuat keputusan berehat panjang.

Pada 30 April lalu, beliau kembali semula ke arena professional namun kali ini bertindak sebagai jurulatih OG bagi menghadapi baki saingan Dota Pro Circuit musim ini.

Hasilnya, beliau berjaya membimbing pasukan meraih slot jemputan terus ke kejohanan The International 9.

Pasukan OG terdiri daripada Johan Sundstein (N0tail), Topias Taavitsainen (Topson), Anathan Pram (Ana), Jesse Vainikka (JerAx) dan Sebastian Debs (Ceb).

Pastikan anda menonton perjalanan mereka merangkul bergelar juara dunia, Against The Odds di lawan sesawang Redbull.com sekarang!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved