Connect with us

DOTA 2

Dota 2 : 4 pasukan akan meneruskan saingan ESL MYSG

Published

on

Juara kejohanan ini akan membawa pulang hadiah utama kira-kira RM14,000 (AS$3,500)- Foto / Twitter ESL Asia

KUALA LUMPUR – Kejohanan ESL MYSG Musim Kedua yang kini memasuki peringkat kalah mati menyaksikan empat pasukan berjaya melepasi peringkat kumpulan iaitu Reality Rift, Resurgence, Flower Gaming dan Dota Hero.

Dua pasukan gabungan pemain dari Singapura dan Malaysia iaitu Reality Rift dan Resurgence menjuarai kumpulan masing-masing selepas memenangi semua perlawanan peringkat kumpulan.

Finalis edisi yang lepas, Flower Gaming dan Dota Hero terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya menewaskan lawan masing-masing dalam perlawanan penentuan terakhir peringkat kumpulan.

Sementara itu, bagi pasukan Dota Hero, mereka menjadi pasukan tunggal yang dianggotai oleh kesemua pemain Malaysia di peringkat kalah mati nanti.

Mereka ialah Daniel Chan Kok Heng (Ghost), Lee Jia He (Chidori~). Nicholas Lim (zeal), Chang Kyle Venn (Sh4dy) dan Eugene Ong Gee Haw (Bun).

Dalam perlawanan penentuan semalam, Dota Hero diberikan kemenangan percuma selepas salah seorang pemain pasukan Unicorn terpaksa menarik diri atas faktor kesihatan dan tidak dapat meneruskan perlawanan.

Satu lagi perlawanan penentuan melibatkan juara musim lepas, Flower Gaming yang terpaksa bermain sehingga perlawanan ketiga untuk menewaskan satu lagi pasukan dari Malaysia, Siamang Tunggal 2-1.

Peringkat kalah mati akan bermula pada 7 September nanti untuk memberi laluan kepada kejohanan terbesar tahun ini The International yang bakal berlangsung dari 15 sehingga 25 Ogos 2019.

Juara kejohanan ini akan membawa pulang hadiah utama kira-kira RM14,000 (AS$3,500) dan akan dijemput untuk menyertai kejohanan ESL Clash of Nations di Bangkok pada bulan Oktober nanti.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved