Connect with us

Free Fire

“Esports ubah hidup saya” – Apizzz Geek Fam

Published

on

Foto: YouTube / Free Fire

APABILA telah menjadi seorang pemain e-sukan profesional, pastinya sasaran besar adalah untuk beraksi di pentas antarabangsa.

Itu hasrat Muhammad Hafiz Azhar Rizal (Apizzz), pemain Free Fire daripada Geek FAM dan dia berjaya merealisasikannya apabila berjaya melayakkan diri ke Siri Dunia Free Fire 2021 (FFWS 2021 SG).

Kejohanan dunia itu akan berlangsung pada 22-29 Mei nanti.

Apizzz juga menyifatkan dunia e-sukan ini telah mengubah hidupnya ketika ini.

“E-sukan mengubah hidup saya, daripada bermain sekadar hobi, kini saya boleh menjana pendapatan dengan bermain game.

“Jika tidak menceburi bidang ini, saya mungkin akan bekerja atau menyambung pengajian,” kata Apizzz.

Apizzz berkata demikian dalam satu video Dokumentari ‘Geek Fam ke FFWS 2021 Singapura’ di YouTube Free Fire.

Jelas Apizzz, dia mahu yang terbaik untuk menjadi juara dalam kejohanan itu.

Pasukan Malaysia, Geek Fam telah menjalani satu latihan bootcamp selama sebulan sebagai persiapan menghadapi kejohanan dunia itu.

Berikut adalah barisan pemain utama skuad Free Fire Geek Fam:

  • Haziq Daniel (Haziq)
  • Solehin Bin Habib Rahaman (Zack)
  • Muhammad Aiman (Shoyu)
  • Mohammad Akiq Akimi (Akiq)
  • Muhammad Hafiz Azhar (Apiz)

FFWS 2021 SG akan melibatkan 22 pasukan terbaik dunia dan berlangsung di peringkat offline iaitu di Singapura.

Kejohanan dunia itu menawarkan hadiah wang terkumpul terbesar dalam sejarah Free Fire, iaitu kira-kira RM8 juta (AS$2 juta) secara keseluruhan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved