Connect with us

Free Fire

Acara Siri Dunia Free Fire 2021 paling popular – Esports Charts

Published

on

Foto: Free Fire

KEJOHANAN Siri Dunia Free Fire (FFWS) 2021 yang berlangsung pada hujung minggu lalu di Hotel Marina Bay Sands di Singapura mencatatkan rekod 5.4 juta tontonan kemuncak, menurut laporan Esports Charts.

Esports Charts berkata tonton kemuncak itu dicatatkan pada pusingan pertama peringkat final FFWS.

“Rekod itu menjadikan FFWS sebagai acara e-sukan paling popular setakat ini. Rekod sebelum ini dipegang kejohanan League of Legends World 2019 dengan catatan 3.9 juta tontonan ketika perlawanan semi final.

“Peringkat Play-In FFWS juga tidak jatuh bawah 1.1 juta tontonan iaitu satu jumlah yang sukar untuk dilakukan e-sukan lain walaupun di peringkat final.

“Contohnya, kejohanan ONE Esports Singapore Major 2021 hanya mencatatkan 605,000 tontonan kemuncak pada final,” lapor Esports Charts dalam satu kenyataan pada Isnin.

Perbandingan jumlah tontonan kejohanan. – Foto: Esports Charts

FFWS 201 adalah kejohanan utama Garena Free Fire dan melibatkan 18 pasukan terbaik dari seluruh dunia.

Dalam kejohanan itu menyaksikan pasukan Thailand, Phoenix Force, muncul sebagai juara dan membawa pulang kira-kira RM2 juta (AS$500,000)

Sementara itu, wakil Malaysia di FFWS, Geek Fam mengakhiri kejohanan itu dengan berada di tangga ke-9 dan membawa pulang kira-kira RM239,000 (AS$70,000).

Esports Charts adalah syarikat perkhidmatan analitik unik yang menganalisis perkembangan terkini pembangunan dan penstriman langsung e-sukan.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved