Connect with us

Free Fire

Video Free Fire x Zizan Razak raih lebih 788,000 dalam seminggu

Pelawak terkenal, Zizan Razak, membuat kemunculan dalam filem pendek game Free Fire sempena kempen Hari Raya Aidilifitri.

Published

on

Foto: Free Fire

FILEM pendek Free Fire ‘Beraksi Kehadapan’ yang menampilkan pelawak terkenal tanah air, Zizan Razak, mencatatkan lebih 788,000 tontonan di YouTube setakat artikel ini ditulis.

Filem pendek yang berdurasi selama tujuh minit dan 18 saat itu juga menjadi sohor kini (trending) dengan berada ranking ke-16 di YouTube selepas empat hari ia dilancarkan.

Filem itu mengisahkan mengenai seorang watak bernama Malim (Zizan) yang perlu menghadapi beberapa cabaran dalam menyempurnakan satu misi.

Pada 5 Mei lalu, Zizan dipilih sebagai duta pertama Free Fire Malaysia berikutan permintaan ramai.

Menurut satu kenyataan media Free Fire, Zizan juga akan membuat kemunculan untuk tujuan pemasaran permainan itu seperti membintangi iklan TV, filem pendek eksklusif dan muzik video.

Sementara itu, Zizan dalam kenyataan bersama juga berkata pemilihannya sebagai duta Free Fire dilihat sebagai satu nafas baharu dalam dunia hiburan.

“Saya teruja menjadi duta pertama Free Fire di Malaysia. Sebagai pelakon, saya sentiasa suka menghiburkan dan memberikan pengalaman yang tidak dilupakan untuk rakyat Malaysia.

“Saya berharap dapat menjadi sebahagian daripada arena e-sukan yang sedang membangun dan ini akan membawa gelombang hiburan baru dalam kalangan belia tempatan,” kata Zizan dalam kenyataan bersama.

Free Fire merupakan sebuah permainan berkonsepkan battle royale dan diterbitkan Garena untuk peranti iOS dan Android.

Ia merupakan permainan mudah alih yang paling banyak dimuatturun dan pernah mendapat penghargaan “Permainan Popular Terbaik” oleh Google Play Store pada 2019.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved