Connect with us

DOTA 2

Dota 2: Bekas pemain utama Team Liquid tubuh Nigma Esports

Published

on

Nigma Esport terdiri daripada bekas pemain utama Team Liquid Dota 2 iaitu Ivan Borislavov Ivanov (MinD_ContRoL), Maroun Merhej (GH), Kuro Salehi Takhasom (KuroKy), Amer Al-Barkawi (Miracle) dan Aliwi Omar (w33). - Foto Twitter / NIGMA ESPORTS

PENGAKHIRAN sesebuah pengembaraan adalah permulaan satu kisah baharu.

Itu adalah satu ciapan ringkas berserta video dari akaun (@nigmagg) pada pagi tadi yang menyaksikan bekas pemain-pemain utama pasukan profesional Dota 2 Team Liquid, kini kembali berpayung di bawah satu nama iaitu Nigma Esports.

Pemain-pemain tersebut yang semestinya tidak asing dalam arena kompetitif e-sukan, adalah:

  • Kuro Salehi Takhasom (KuroKy)
  • Amer Al-Barkawi (Miracle)
  • Maroun Merhej (GH)
  • Ivan Borislavov Ivanov (MinD_ContRoL)
  • Aliwi Omar (w33) 

“Terima kasih kerana mengalu-alukan kedatangan kami. Nama Nigma berasal dari perkataan Arab iaitu “Najma” yang bermaksud bintang.

“Kami berharap agar kami dapat memberikan satu mutu persembahan permainan yang seronok untuk anda semua,” kata Nigma Esports yang ditubuhkan oleh bekas juara dunia The International 7.

Kesemua bekas pemain Liquid itu sebelum ini dilihat memuat naik satu ciapan yang menunjukkan mereka sedang melihat satu gerhana.

Ia menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat sama ada mereka akan membuat kemunculan kembali dalam arena kompetitif profesional Dota 2.

Pada September lepas, komuniti e-sukan seluruh dunia dikejutkan dengan pengumuman Team Liquid yang akan melepaskan kelima-lima pemain yang bermain di kejohanan dunia The International 9 itu dari organisasinya.

Dalam kejohanan itu, Team Liquid muncul sebagai naib juara membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM18 juta.

Mereka tewas kepada juara bertahan, OG.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved