Connect with us

DOTA 2

Dota 2: TNC Predator juara MDL Chendu Major, bawa pulang RM1.2 juta

Published

on

TNC Predator membawa pulang hadiah wang terkumpul kira-kira RM1.2 juta (AS$300,000) selepas meraih kejayaan MDL Chendu Major. - Foto Twitter / TNC Predator

PASUKAN profesoional Dota 2 Filipina, TNC Predator merangkul kejuaraan Major Dota 2 yang pertama bagi musim 2019/2020, yang berlangsung di Chengdu China, semalam.

TNC Predator meraih kemenangan MDL Chendu Major itu selepas menewaskan ViCi Gaming 3-1 pada grand final dan membawa pulang hadiah wang tunai kira-kira RM1.2 juta (AS$300,000).

TMC Predator yang pada mulanya tewas 0-2 kepada ViCi Gaming pada pusingan final kelompok utama, jatuh ke kelompok bawahan dan bertemu dengan Invictus Gaming.

Tidak mahu membuang masa, TNC Predator meraih mata kemenangan 2-0 menewaskan Invicturs Gaming, dan sekali lagi bertemu dengan ViCi Gaming pada final.

“Kemenangan major pertama bagi musim ini memang di luar jangkaan dan akan mejadi satu perkara yang paling dingingati bagi kami.

“Kami mampu untuk meraih kemenengan ini kerana sokongan penyokong dan peminat yang sentiasa percaya kepada kami,”kata TNC Predator dalam satu kenyataan selepas tamat perlawanan.

Kejohanan itu juga menyaksikan pemain Carry TNC Predator Kim Villafuerte (Gabbi) dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik (MVP).

TNC Predator sebelum itu beraksi dengan baik pada peringkat kumpulan A, menewaskan pasukan EHOME dan Team Unknown 2-0 dan mara ke acara utama kejohanan MDL Chendu Major.

Pada peringkat acara utama, mereka mengalahkan Alliance 2-1 dan J.Storm 2-0.

Menerusi kemenangan itu juga, TNC Predator meraih 4,850 mata DPC.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved