Connect with us

CSGO

ZOWIE DIVINA: Orange Sphynx terbaik di Asia Tenggara, layak ke Dreamhack Showdown

Published

on

PASUKAN Counter-Strike: Global Offensive (CSGO) wanita tanah air Orange Sphynx mencatat sejarah tersendiri apabila layak ke kejohanan terkemuka Dreamhack Showdown pada Julai depan.

Orange Sphynx yang bakal ke kejohanan yang berlangsung di Valencia, Sepanyol itu berjaya mengharungi pusingan kelayakan peringkat Asia, menerusi kejohanan ZOWIE DIVINA seketika tadi.

Pada pusingan akhir kelayakan itu menyaksikan Orange Sphynx mengalahkan pasukan negara jiran, Phoenix 2-0, sekali menebus kekalahan mereka semalam.

BACA: ‘Nyawa terakhir’ Sphynx sebelum ke Dreamhack Showdown

Kejohanan Wanita Asia ZOWIE Divina yang diadakan di Shanghai, China itu disertai lapan pasukan terbaik CSGO wanita di Asia.

Selain Orange Sphynx, pasukan China 7PM.Female turut layak ke Kejohanan Dreamhack Showdown yang bakal disertai pasukan-pasukan CSGO wanita terbaik dunia.

Dreamhack Showdown merupakan satu kejohanan e-sukan yang meraikan pemain-pemain wanita dari seluruh dunia dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM400,000.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved