Connect with us

CSGO

ZOWIE DIVINA: ‘Nyawa terakhir’ Sphynx sebelum ke Dreamhack Showdown

Published

on

Dalam peringkat lower bracket nanti, Orange Sphynx bakal bertemu pasukan gabungan Indonesia dan Brunei iaitu Celestè hari ini pada jam 4.30 petang nanti. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

SELEPAS beraksi baik pada hari pertama dan kedua pada Kejohanan Counter-Strike: Global Offensive (CSGO) Wanita ZOWIE DIVINA, pasukan tanah air Orange Sphynx kini berada di peringkat lower bracket selepas tewas kepada pasukan negara jiran, Phoenix semalam.

Pada pusingan tersebut yang berlangsung di Shanghai, China semalam menyaksikan Sphynx berjaya menewaskan Phoenix pada peta Train, iaitu dengan mata 16-12.

Dalam pusingan itu juga menyaksikan Aisya Sabrina Sabri (Argent) mendapat MVP (Pemain Terbaik) buat kali pertama dalam kejohanan berprestij itu.

Argent mencapai 31 mata bunuh dengan KD 1.63.

Aisya Sabrina Sabri (Argent) mendapat MVP (Pemain Terbaik) buat kali pertama dalam Kejohanan CSGO Wanita ZOWIE DIVINA semalam pada perlawanan menentang pasukan Singapura.

Bagaimanapun, pusingan kedua yang berlangsung pada peta Dust II melihatkan Phoenix mula memberikan tekanan kuat kepada Orange Sphynx.

Phoenix mengheret Orange Sphynx ke pusingan ketiga apabila menang 16-13 dalam peta itu.

Pada pusingan ketiga berlangsung pada peta Mirage, yang dilihat sebenarnya merupakan kekuatan dan kelebihan kepada Orange Sphynx kerana sebelum ini mereka mendominasi 16-4 apabila menentang satu lagi pasukan tanah air MBT.Baeters pada pusingan peringkat kumpulan pada Jumaat lalu.

Pun begitu, keputusan berpihak kepada Phoenix dengan mata 16-9.

Berikutan keputusan itu, Orange Sphynx akan sekali lagi berjumpa dengan pasukan gabungan Indonesia dan Brunei iaitu Celestè hari ini pada jam 4.30 petang nanti.

Pada hari pertama kejohanan, Orange Sphynx menang menentang Celeste dengan keputusan 2-0. Mereka menang pada kedua-dua peta Vertigo (16-13) dan Dust II (16-10).

Bagi anda yang mahu memberi sokongan dan menonton perlawanan tersebut secara langsung, boleh ke https://www.twitch.tv/zowiedivina.

Kejohanan Wanita Asia ZOWIE Divina yang diadakan di Shanghai, China itu disertai lapan pasukan terbaik CSGO wanita di Asia.

Dua pasukan teratas bagi Kejohanan Asia CSGO Wanita ZOWIE DIVINA bakal ke kejohanan utama Dreamhack Showdown pada 5 hingga 7 Julai depan di Valencia, Sepanyol yang bakal disertai pasukan-pasukan CSGO wanita terbaik dunia.

Dreamhack Showdown merupakan satu kejohanan e-sukan yang meraikan pemain-pemain wanita dari seluruh dunia dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM400,000.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved