Connect with us

CSGO

ZOWIE DIVINA: Cabaran MBT.Baeters, Orange Sphynx bermula hari ini

Published

on

CABARAN bagi dua pasukan Counter-Strike: Global Offensive (CSGO) tanah air wanita, MBT.Baeters dan Orange Sphynx dalam Kejohanan Wanita Asia ZOWIE Divina bermula hari ini apabila jadual saringan peringkat kumpulan didedahkan pada semalam.

Orange Sphynx akan membuka tirai kejohanan tersebut pada jam 10 pagi nanti menentang pasukan Indonesia, Celestè dalam pusingan peringkat kumpulan yang menggunakan format Swiss.

Sementara itu bagi MBT.Baeters bakal bertemu dengan pasukan Mongolia, Extra Overpowered (XOP) pada jam 1.20 petang.

Kejohanan Wanita Asia ZOWIE Divina yang diadakan di Shanghai, China itu disertai lapan pasukan terbaik CSGO wanita di Asia.

Dua pasukan teratas bagi Kejohanan Asia CSGO Wanita ZOWIE DIVINA bakal ke kejohanan utama Dreamhack Showdown pada 5 hingga 7 Julai depan di Valencia, Sepanyol yang bakal disertai pasukan-pasukan CSGO wanita terbaik dunia.

Dreamhack Showdown merupakan satu kejohanan e-sukan yang meraikan pemain-pemain wanita dari seluruh dunia dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM400,000.

Sebelum ini Orange Sphynx diumumkan telah mendapat jemputan terus ke kejohanan ZOWIE DIVINA Asia tersebut.

Manakala MBT.Baeters layak ke kejohanan tersebut selepas berjaya meraih kedudukan dua teratas pada pusingan kelayakan Asia Tenggara pada bulan lalu.

Bagi anda yang mahu memberi sokongan dan menonton perlawanan tersebut, boleh layari twitch.tv/ZOWIEDIVINA. 

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved