Connect with us

CSGO

Dreamhack Showdown: Laluan sukar Orange Sphynx, bakal bertemu Dignitas

Published

on

Pemain Orange Sphynx Shanice Choo Xin Ru (Alaska) ketika sedang melalukan persiapan ke Kejohanan CSGO Wanita ZOWIE DIVINA baru-baru ini- Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

MEMANG tiada laluan yang mudah bagi sang juara tanah air yang sebelum ini layak ke kejohanan berprestij Dreamhack Showdown, Orange Sphynx apabila mereka bakal bertemu dengan gergasi negara Uncle Sam, Dignitas.

Dalam satu ciapan hari ini, penganjur Dreamhack Showdown telah mengeluarkan jadual dan senarai kumpulan bagi kejohanan yang akan bertempat di Valencia, Sepanyol itu.

BACA: Orange Sphynx terbaik di Asia Tenggara, layak ke Dreamhack Showdown

Menerusi jadual itu, Orange Sphynx bakal membuka tirai perlawanan Dreamhack Showdown pada jam 11.00 pagi waktu tempatan menentang pasukan terkemuka Dignitas.

Dignitas atau Dignitas Female bukan satu nama asing dalam arena e-sukan CSGO wanita terutamanya.

Sebelum ini mereka pernah memenangi kejohanan Inter Challenge Katowice 2019, GIRL GAMER Esports Festival 2018 dan Inter Challenge Katowice 2018.

Orange Sphynx yang berada dalam kumpulan A, akan berdepan dengan pasukan Assassins dan Team iDemo di mana kedua-dua pasukan ini layak ke Dreamhack Showdown selepas melepasi kelayakan Eropah.

Meski dilihat sebagai satu cabaran besar buat Orange Sphynx, tetapi tiada apa yang mustahil bagi pasukan tanah air ini kerana mereka sering melakukan kejutan demi kejutan yang sentiasa membanggakan rakyat dan peminat e-sukan tanah air.

Dengan tanggungjawab baharu yang dipikul itu, Kapten pasukan Orange Sphynx, Ramona Azween menerusi ciapannya, berhasrat untuk memberikan yang terbaik untuk Malaysia.

“Terima kasih kerana menyokong kami. Kami akan berikan yang terbaik untuk anda!” kata Ramona.

Selain Ramona, Orange Sphynx terdiri daripada:

  • Aisya Sabrina Binti Sabri (Argent)
  • Iffah Nazurah Saidi (3ve)
  • Jasmine Christina Sim Huiyan (Jazminism)
  • Shanice Choo Xin Ru (Alaska)

Dreamhack Showdown merupakan satu kejohanan e-sukan yang meraikan pemain-pemain wanita dari seluruh dunia dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM400,000.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved