Connect with us

CSGO

CSGO: Orange Sphynx kini nombor 1 di Malaysia

Published

on

Orange Sphynx terdiri daripada gabungan pemain veteran dan pemain-pemain muda yang berbakat besar, yang diketuai Ramona Azween (gambar) yang telah menceburi bidang e-sukan CSGO melebihi 15 tahun. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR – Pasukan Counter-Strike: Global Offensive (CSGO) wanita tanah air Orange Sphynx kini berada di ranking nombor satu tanah air, lapor HLTV.org.

Menurut kiraan ranking HLTV.org, Orange Sphynx yang kini mengumpul 3 mata setakat ini berada di hadapan pasukan Frost Fire dan VG.Anthrax yang masing-masing mengutip 2 mata.

Menerusi ranking tersebut, Orange Sphynx sekali gus mencatatkan sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan e-sukan wanita pertama untuk berada di kedudukan pertama.

Orange Sphynx yang sebelum ini dikenali sebagai Sphynx, ditubuhkan pada November 2017.

Ia terdiri daripada gabungan pemain veteran dan pemain-pemain muda yang berbakat besar:

  • Kapten – Ramona Azween (GFi#)
  • Aisya Sabrina Binti Sabri (Argent)
  • Iffah Nazurah Saidi (3ve)
  • Jasmine Christina Sim Huiyan (Jazminism)
  • Shanice Choo Xin Ru (Alaska)

Pada awal Mac lalu, mereka memenangi kejohanan peringkat Asia Tenggara, Rise of Legion CSGO: Lady (Online).

BACA: Orange Sphynx sememangnya ikon wanita e-sukan tempatan!” – Syed Saddiq

Pada akhir Januari lalu pula mereka berjaya ke peringkat suku akhir Kejohanan Intel Challenge IEM bagi kelayakan Asia.

Sementara itu pada tahun lepas, Orange Sphynx berjaya mewakili Malaysia dan menyumbangkan pingat gangsa untuk negara bagi Kejohanan Dunia Sukan Elektronik (WESG) Peringkat Asia Tenggara.

Pada April lalu, organisasi e-sukan organisasi e-sukan Orange Esports mengumumkan kolaborasi terbaharu mereka bersama Sphynx, dan dijenamakan semula sebagai Orange Sphynx.

Kini, menggalas sebagai satu-satunya pasukan Malaysia ke kejohanan berprestij Dreamhack Showdown, Orange Sphynx bakal berdepan dengan 7 pasukan terbaik dunia yang lain selepas melepasi Kelayakan Asia menerusi Kejohanan CSGO Wanita Asia ZOWIE DIVINA.

Mereka bakal bertemu dengan pasukan terkemuka Dignitas Female pada acara pembukaan perlawanan Dreamhack Showdown, pada 11 pagi waktu tempatan.

Selain bakal berdepan dengan Dignitas Female, Orange Sphynx yang berada dalam kumpulan A, akan berdepan dengan pasukan Assassins dan Team iDemo di mana kedua-dua pasukan ini layak ke Dreamhack Showdown selepas melepasi kelayakan Eropah.

Dreamhack Showdown merupakan satu kejohanan e-sukan yang meraikan pemain-pemain wanita dari seluruh dunia dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM400,000.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved