Connect with us

CSGO

#DHShowdown: Bertemu Dignitas sebenarnya satu peluang Orange Sphynx – Ramona

Published

on

RAMONA: Kami mahu bertemu dengan China pada pada kejohanan ZOWIE DIVINA. Namun rancangan Tuhan lebih baik, Dia memberi yang lebih besar. Dia bagi kami pelung untuk menentang pasukan nombor satu di dunia. - Foto What's The Meta / Mariah Ahmad

SEPANG – Kapten pasukan wanita tanah air Orange Sphynx, Ramona Azween (GFi#) menyifatkan pertembungan dengan pasukan Dignitas memang satu perkara yang tidak boleh dielak namun ia juga boleh dilihat sebagai satu peluang bagi pihaknya.

“Pada kejohanan ZOWIE DIVINA Asia, kami mahu bertembung dengan pasukan China.

“Tapi rancangan Tuhan lebih baik, Dia memberi yang lebih besar. Dia bagi kami peluang untuk menentang pasukan nombor satu di dunia (dalam arena CSGO Wanita).

“Bagi kami, ia dilihat satu peluang dan tidak ramai mempunyai peluang seperti ini. Sudah pastinya kami akan berikan yang terbaik,” tambah Ramona ketika ditemui media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada Rabu lalu.

BACA: Orange Sphynx kini nombor 1 di Malaysia

Ramona dan Orange Sphnyx bakal berdepan dengan pasukan yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu pada jam 5 petang nanti dalam satu Kejohanan Dreamhack Showdown di Valencia, Sepanyol.

Dreamhack Showdown merupakan satu kejohanan e-sukan yang meraikan pemain-pemain wanita dari seluruh dunia dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM400,000. 

Sementara itu, dalam masa yang sama Ramona juga tidak menafikan juga terdapat tekanan berdepan dengan juara kejohanan Inter Challenge Katowice 2019 itu.

“Dignitas ada lebih banyak pendedahan, mereka telah meraih banyak gelaran juara dalam e-sukan wanita.

“Kami pula pertama kali ke kejohanan seumpama ini dan memang banyak tekanan. Tapi ini adalah perlawanan Best of 1, jadi apa-apa pun boleh berlaku.

“Mungkit jet lesu boleh bantu kami atau memperkukuhkan strategi kami atau mungkin tidak haha,” tambahnya.

Selain bakal berdepan dengan Dignitas Female, Orange Sphynx yang berada dalam kumpulan A, akan berdepan dengan pasukan Copenhagen Flames dan Demise di mana kedua-dua pasukan ini layak ke Dreamhack Showdown selepas melepasi kelayakan Eropah.

Bagi anda yang mahu menonton secara langsung, boleh layari http://www.twitch.tv/DreamHackCS 

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved