Connect with us

DOTA 2

“Mestilah saya ingat Soloz, dia superstar sekarang”- xNova

Published

on

Foto Facebook /PSG LGD/ Faris Zakaria

SEBELUM menceburi dunia kompetitif e-sukan Mobile Legends : Bang Bang, (Mobile Legends), pemain dan penghibur penstriman langsung Shopee Bosskurr Mohd Faris Zakaria (Soloz) pernah berkecimpung dalam arena Dota 2.

Soloz juga pernah berada dalam satu pasukan yang sama bersama pemain profesional Dota 2 tanah air yang kini bermain untuk pasukan antarabangsa PSG.LGD, Yap Jian Wei (xNova).

Baru-baru ini xNova mengadakan satu sesi soal jawab menerusi Instagram bersama peminatnya. 

Antara yang menjadi perhatian adalah apabila xNova ditanya jika dia masih mengingati bekas rakan sepasukannya dahulu, iaitu Soloz. 

“Sudah tentu saya ingat. Dia seorang superstar sekarang dan saya harap dia masih ingat saya,” kata xNova dengan meninggalkan emoji tawa riang.

Sementara itu, Soloz juga membalas jawapan xNova itu menerusi Instagramnya. Katanya memang 100 peratus mengingati xNova yang menduduki tempat ketiga kejohanan dunia The International 2019.

Sebelum ini tersebar beberapa gambar Soloz bersama xNova ketika mereka menyertai kejohanan Liga Dota 2 G-1 pada 2014.

Foto : Facebook / Invoker Haris


Selain Soloz dan xNova, turut berada dalam gambar tersebut adalah Tue Soon Chuan (Ahfu) yang pernah bermain untuk pasukan China Royal Never Give Up dan menduduki kedudukan lapan teratas The International 2019.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved