Connect with us

CSGO

#WESGSEA2019: 51 kills dalam satu perlawanan, ini bakat luar biasa Aini

Published

on

Dalam perlawanan menentang pasukan Thailand, pemain muda berbakat besar, Nurul Aini (Ayumiii) mencatatkan 51 mata bunuh (kills). - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

KUALA LUMPUR – Meski Kejohanan Dunia Sukan Elektronik (WESG) Asia Tenggara 2019 telah pun pun menemui penamatnya pada hujung minggu lalu yang menyaksikan Filipina sekali lagi mencul juara keseluruhan, namun terdapat satu perlawanan yang menjadi bualan dalam kalangan komuniti e-sukan.

Perlawanan tersebut adalah melibatkan pasukan Malaysia (Orange Sphynx) menentang pasukan Thailand (Mystery’s) pada peringkat kumpulan.

Ia tidak dipertontonkan melalui penstriman langsung, namun menurut data yang What’s The Meta Today (WTM Today) dapati daripada Virtual Genesis Technology mengenai perlawanan itu, agak luar biasa.

Seperti umum mengetahui, Orange Sphynx tewas 21-25 kepada pasukan Thailand itu.

BACA: Orange buka tirai dengan 21-25 menentang Mystery’s dalam BO1

Dalam perlawanan itu juga menyaksikan pemain muda berbakat besar, Nurul Aini (Ayumiii) mencatatkan 51 mata bunuh (kills), dengan 11 mata bantuan (assists).

Berbanding dengan rakan sepasukan yang lain, Alaska mencatat 36 kills, maye 28 kills, Argent 27 kills dan Jazminism 26 kills.

Ayumiii yang sebelum ini bermain sementara untuk MBT Baeters, menyertai Orange Sphynx pada September lalu.

Dia dilihat sebagai satu bakat besar yang perlu diberi perhatian kerana prestasi dan skilnya yang luar biasa dalam arena ini meski baru berusia 16 tahun.

Ketika bersama MBT Baeters, dia berjaya melayakkan diri ke Kejohanan CSGO Asia ZOWIE DIVINA selepas berjaya mara ke pusingan kelayakan Asia Tenggara.

Semasa dalam kejohanan itu, Ayumiii turut menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila dia dan pasukannya menang 2-1 menentang pasukan jemputan XOP dari Mongolia.

Ayumiii turut dipilih sebagai pemain terbaik dalam perlawanan itu.

Kali ini bersama Orange Sphynx, dia turut berjaya membawa pasukan itu untuk menjuarai Kejohanan WESG peringkat Malaysia.

Namun Orange Sphynx bagaimana pun gagal ke peringkat pusingan penentu (playoff) dan Grand Final WESG Asia Tenggara 2019.

Mereka berada di kedudukan nombor 3 pada peringkat kumpulan, berada di belakang Indonesia (Celestè) dan Thailand apabila hanya mampu mengutip 2 kemenangan dan 2 kekalahan.

Pada tahun lalu, Orange Sphynx berjaya meraih gangsa dalam kategori CSGO Wanita Asia Tenggara.

Menerusi bakat dan skil luar biasa yang ada Ayumiii yang masih lagi muda, semestinya ia perlu digilap dengan sepenuhnya supaya perjalanan kariernya dalam arena e-sukan tidak disia-siakan.

Persoalannya, adakah Malaysia mempunyai fasiliti dan kestabilan ekosistem e-sukan yang boleh membantu untuk menggilap potensi bakat Ayumiii?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved