Connect with us

CSGO

#WESG2019: Pasukan CSGO Malaysia, Darkhorse atur langkah ke semi final

Published

on

Darkhorse yang terdiri daripada 5 pemain muda berbakat besar bakal menentang pasukan Singapura, Boot, pada jam 2.15 petang nanti. - Foto WESG Asia Tenggara

KUALA LUMPUR – Pasukan CSGO Malaysia, Darkhorse layak ke semi final Kejohanan Dunia Sukan Elektronik (WESG) Asia Tenggara yang berlangsung pada hari ini.

Darkhorse yang terdiri daripada 5 pemain muda berbakat besar bakal menentang pasukan Singapura, Boot, pada jam 2.15 petang nanti.

Darkhorse sebelum ini berada di kedudukan nombor dua pada peringkat kumpulan B, berada di belakang pasukan Thailand, Lucid Dream.

Pada peringkat kumpulan B, Darkhorse menewaskan pasukan Filipina (Fallen5) 16-8 dan 16-5 menentang pasukan Myanmar (Impunity).

Selepas 3 bulan berlangsung saringan kelayakan peringkat negara, kini Grand Final WESG Asia Tenggara bakal menemui penamatnya pada hujung minggu ini.

Menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM438,000 (AS$105,000), WESG Asia Tenggara menampil 4 acara iaitu CSGO, CSGO Wanita, Dota 2 dan Starcraft II.

WESG Asia Tenggara dibawakan khas oleh Agri Mind, sebuah liga e-sukan ala-Olimpik.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved