Connect with us

CSGO

#WESGSEA2019: Kuasa gabungan Sang Singa, Garuda menjadi, Rising 5 dominasi kumpulan B

Published

on

DARI KIRI. Rising 5 terdiri daripada gabungan pemain Singapura dan Indonesia iaitu Victoria Alexanda Irwin (Blizzter), Tasha Chew (Aurelle), Nurlelawati Hussain (Alel), Michelle Lim (Mich) dan Nabila Sulthana (Nabbsky).

KUALA LUMPUR – Pasukan CSGO Wanita yang berpangkalan di Singapura, Rising 5 memulakan langkah kanan dalam Kejohanan Dunia Sukan Elektronik (WESG) Asia Tenggara apabila beraksi dengan cemerlang di peringkat kumpulan B.

Kapten Rising 5, Nurlelawati Hussain (Alel) berkata dia tidak menafikan kemenangan yang diraih dalam perlawanan peringkat kumpulan semalam sedikit sebanyak memberi motivasi dan keyakinan kepada pasukannya untuk bersedia di peringkat kalah mati nanti.

“Memang ia memberi keyakinan kepada kami tapi, ia adalah perlawanan menggunakan format Terbaik Dalam Satu (BO1).

“Maksudnya, apa pun boleh terjadi dalam situasi ini. Tapi saya percaya, kalau kami bermain seperti semalam, kami boleh pergi jauh.

“Pada masa yang sama, kami tidak meletakkan harapan tinggi kerana pasukan ini baru sahaja ditubuhkan,” kata Alel kepada What’s The Meta.

Jelas Alel, sudah semestinya perjalanan Rising 5 dalam WESG Asia Tenggara ini tidak pernah mudah tapi mereka akan berikan yang terbaik.

Pada semalam, Rising 5 meraih kemenangan mudah ke atas pasukan Myanmar (Wonder Girls) 16-1 dalam peta Overpass dan turut meraih kemenangan ke atas pasukan GTG (Brunei) 16-6 dalam peta Mirage.

Mereka turut berjaya menewaskan pasukan pilhan ArkAngel.FE (Filipina) 16-13 dalam peta Mirage meski ketinggalan 1-4 pada awal perlawanan.

Selain Alel, Rising 5 terdiri daripada Tasha Chew (Aurelle) dan Michelle Lim (Mich).

Rising 5 turut menampilkan bekas pemain profesional pasukan Female Fighter yang terkenal di Indonesia, iaitu Nabila Sulthana (Nabbsky) dan Victoria Alexanda Irwin (Blizzter).

Kesemua pemain Rising 5 itu sangat berpengalaman dalam arena kompetitif CSGO dan telah meraih pelbagai pencapaian tersendiri.

Jelas Alel, dia dan Blizzter sudah lama mahu menubuhkan satu pasukan CSGO bersama.

“Kebanyakan kejohanan wanita selalu berdasarkan negara yang diwakilinya jadi selalu tidak kesampaian untuk menubuhkan pasukan bersama.

“Namun WESG tahun ini membenarkan campuran pemain dari negara yang berbeza dan kami pun mahu 2 lagi pemain. Jadi begitulah Rising 5 ditubuhkan.”

Selepas 3 bulan berlangsung saringan kelayakan peringkat negara, kini Grand Final WESG Asia Tenggara bakal menemui penamatnya pada hujung minggu ini.

Menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM438,000 (AS$105,000), WESG Asia Tenggara menampil 4 acara iaitu CSGO, CSGO Wanita, Dota 2 dan Starcraft II.

WESG Asia Tenggara dibawakan khas oleh Agri Mind, sebuah liga e-sukan ala-Olimpik.


© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved