Connect with us

CSGO

CSGO: We.Baeters sasar Top 3 wanita Asia

Published

on

Pasukan Counter Strike: Global Offensive (CSGO) wanita tanah air, We.Baeters mensasarkan untuk berada di kedudukan sekurang-kurangnya ketiga teratas bagi kategori wanita di peringkat Asia dalam arena e-sukan ini.

Kapten pasukan tersebut, Nurizzatul Aisyah (J4P4И), 27 berkata We.Baeters bakal menyertai beberapa kejohanan yang akan dipertandingkan bagi meningkatkan mutu persembahan keseluruhan pasukan tersebut.

“Selain kategori wanita, kami turut menyertai kategori terbuka sejak dahulu lagi,” katanya ketika dihubungi WTM Today.

Dia turut berkongsikan mengapa nama We.Baeters dipilih. Katanya: “Dahulu kami suka bait (mengumpan) rakan sepasukan untuk mendapatkan kill (mata bunuh) haha. Lama-lama tu kami tukar daripada BAIter kepada BAEter,” tambahnya.

We.Baeters memulakan perjalanan 2019 dengan baik apabila mereka berjaya mara ke suku akhir Kelayakan Asia Intel Extreme Masters (IEM) Katowice baru-baru ini.

Dalam peringkat awal kelayakan tersebut, We.Baeters bertemu dengan pasukan Australia chicken nuggets dan menang 1-0. Bagaimanapun, mereka terkandas di tangan juara WESG Asia Tenggara ArkAngel daripada pasukan Filipina 0-1.

Selain J4P4И, We.Baeters turut disertai Eunice Chin Mei Yee (cmy.), 27, Fatin Nadiah (FИИY), 25, Lye Xueying (LX_ying), 22, Fatin Athira (Miran), 22 dan Nurul Aini (Ayumiii), 16.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved