Connect with us

CSGO

CSGO: Serangan hendap Kaze ke IEM Katowice Major

Published

on

Foto: Facebook / Andrew Khong

PEMAIN profesional Counter-Strike: Global Offensive (CSGO) Andrew Khong (Kaze) berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Major Intel Extreme Masters (IEM) Katowice.

Kaze yang merupakan pemain penembak hendap bagi pasukan ViCi Gaming yang berpangkalan di China berkata dia bersyukur dengan kejayaan tersebut selepas mengalahkan pasukan Denmark, North.

“Pada mulanya ia amat mengecewakan selepas saya tewas dalam Minor Asia dan sedikit hilang semangat memandangkan ketika itu saya rasa itu sahaja peluang untuk melayakkan diri.

“Namun sokongan tanpa daripada kalangan rakan dan peminat menaikan semangat saya untuk meneruskan perjuangan dan akhirnya saya berjaya.

“Saya akan mewakili Malaysia dan Asia untuk IEM Katowice Major!” katanya dalam satu catatan Facebooknya.

Kaze AWP ACE

INSANE AWP ACE by Malaysian AWP-er ??Andrew 'kaze' Khong! ??#IEM

Geplaatst door ESL Asia op Maandag 28 januari 2019
Serangan hendap daripada Andrew Khong (Kaze) ketika menentang pasukan North dalam Pusingan Kelayakan IEM Katowice baru-baru ini.

Lantaran itu Kaze berkata dia mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan peminatnya yang sanggup bercengkang mata untuk menonton perlawanannya menentang pasukan North.

Dalam saingan itu, Vici Gaming yang kini berada di ranking ke-32 terbaik dunia, menewaskan North 2-0 menerusi peta Dust2 (16-12) dan Inferno (22-20).

Kejohanan Major IEM Katowice yang bakal diadakan pada 13 Februari sehingga 3 Mac nanti, menawarkan hadiah wang terkumpul melebihi RM4 juta.

Hello everyone, I have good news for the csgo malaysian community. I've finally qualify to the major after beating North…

Geplaatst door Andrew Khong op Zondag 27 januari 2019
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved