Connect with us

CSGO

“Tahniah! Orange Sphynx sememangnya ikon wanita e-sukan tempatan!” – Syed Saddiq

Published

on

Orang Sphynx dilihat sebagai satu ikon bagi pemain-pemain wanita e-sukan tanah air, kata Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (gambar). - Foto Twitter / @SyedSaddiq

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengucapkan tahniah kepada pasukan Counter Strike : Global Offensive (CSGO) Wanita tempatan, Orange Sphynx yang sah ke kejohanan berprestij ZOWIE DIVINA peringkat Asia.



“Tahniah Orange Sphnyx! Sememangnya satu ikon untuk pemain-pemain wanita e-sukan Malaysia,” kata Syed Saddiq.

Oange Sphynx bakal ke Kejohanan ZOWIE DIVINA Asia yang akan berlangsung di Shanghai, China pada 20 sehingga 23 Jun nanti.

BACA: Orange Sphynx sah ke ZOWIE DIVINA Asia

Mereka bakal berentap dengan lapan pasukan CSCO Wanita terbaik di rantau Asia termasuk satu lagi pasukan tempatan MBT.Baeters, untuk mendapatkan slot ke kejohanan utama Dreamhack Showdown.

Dreamhack Showdown merupakan satu kejohanan e-sukan yang meraikan pemain-pemain wanita dari seluruh dunia dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM400,000.

Ia bakal berlangsung di Valencia, Spain pada 5 sehingga 7 Julai depan.

Orange Sphynx yang ditubuhkan sejak November 2017, boleh dilihat sebagai pasukan CSGO wanita terbaik di Malaysia setakat ini.

Orange Sphynx terdiri daripada gabungan pemain veteran dan pemain-pemain muda yang berbakat besar:

  • Kapten – Ramona Azween (GFi#)
  • Aisya Sabrina Binti Sabri (Argent)
  • Iffah Nazurah Saidi (3ve)
  • Jasmine Christina Sim Huiyan (Jazminism)
  • Shanice Choo Xin Ru (Alaska)

Pada awal Mac lalu, mereka memenangi kejohanan peringkat Asia Tenggara, Rise of Legion CSGO: Lady (Online).

Pada akhir Januari lalu pula mereka berjaya ke peringkat suku akhir Kejohanan Intel Challenge IEM bagi kelayakan Asia.

Sementara itu pada tahun lepas, Orange Sphynx berjaya mewakili Malaysia dan menyumbangkan pingat gangsa untuk negara bagi Kejohanan Dunia Sukan Elektronik (WESG) Peringkat Asia Tenggara.

Pada April lalu, organisasi e-sukan organisasi e-sukan Orange Esports mengumumkan kolaborasi terbaharu mereka bersama Sphynx, dan dijenamakan semula sebagai Orange Sphynx.


© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved