Connect with us

CSGO

Orange Sphynx sah ke ZOWIE DIVINA Asia

Published

on

Orange Sphynx merupakan pasukan e-sukan wanita tanah air, yang dilihat aktif dalam penglibatan arena kompetitif CSGO dan tidak keterlaluan untuk melabelkan mereka sebagai pasukan CSGO wanita terbaik di Malaysia setakat ini. - Foto ZOWIE DIVINA, Orange Sphynx

Pasukan Counter Strike : Global Offensive (CSGO) Wanita tempatan, Orange Sphynx sah ke kejohanan berprestij ZOWIE DIVINA peringkat Asia yang akan berlangsung di Shanghai, China pada 20 sehingga 23 Jun nanti.

Perkara itu diumumkan oleh penganjur ZOWIE DIVINA dalam satu ciapan rasminya seketika tadi.

“Selepas memberikan satu perkembangan yang positif dalam kejohanan Kejohanan Dunia Sukan Elektronik (WESG) Peringkat Asia Tenggara pada tahun lalu, pasukan itu berkolaborasi dengan Orange Esports pada awal tahun ini.

“Mereka dilihat sebagai salah sebuah pasukan pilihan untuk ke Dreamhack Showdown yang akan berlangsung di Valencia, Sepanyol,” kata ZOWIE DIVINA.

Sementara itu Orange Sphynx menerusi Twitternya berterima kasih kepada ZOWIE DIVINA dengan peluang untuk beraksi di pentas Asia tersebut.

“Kami akan cuba yang terbaik!” kata Orange Sphynx.

Kejohanan Asia CSGO Wanita ZOWIE DIVINA bakal diadakan di Shanghai, China pada 20 sehingga 23 Jun nanti dan bakal disertai lapan pasukan terbaik di rantau itu.

Selain Orange Sphynx, satu lagi pasukan tempatan MBT.Baeters turut bakal beraksi di kejohanan itu selepas beraksi dengan baik dalam pusingan kelayakan Asia Tenggara baru-baru ini.

Dua pasukan teratas bagi Kejohanan Asia CSGO Wanita ZOWIE DIVINA bakal ke kejohanan utama Dreamhack Showdown pada 5 hingga 7 Julai depan di Valencia, Sepanyol yang bakal disertai pasukan-pasukan CSGO wanita terbaik dunia.

Dreamhack Showdown merupakan satu kejohanan e-sukan yang meraikan pemain-pemain wanita dari seluruh dunia dan menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM400,000.

Orange Sphynx yang ditubuhkan sejak November 2017, boleh dilihat sebagai pasukan CSGO wanita terbaik di Malaysia setakat ini.

Orange Sphynx masih mengekalkan barisan pemain utama mereka yang terdiri daripada:

  • Kapten – Ramona Azween (GFi#)
  • Aisya Sabrina Binti Sabri (Argent)
  • Iffah Nazurah Saidi (3ve)
  • Jasmine Christina Sim Huiyan (Jazminism)
  • Shanice Choo Xin Ru (Alaska)

Pada awal Mac lalu, mereka memenangi kejohanan peringkat Asia Tenggara, Rise of Legion CSGO: Lady (Online).

Pada akhir Januari lalu pula mereka berjaya ke peringkat suku akhir Kejohanan Intel Challenge IEM bagi kelayakan Asia.

Sementara itu pada tahun lepas, Orange Sphynx berjaya mewakili Malaysia dan menyumbangkan pingat gangsa untuk negara bagi Kejohanan Dunia Sukan Elektronik (WESG) Peringkat Asia Tenggara.

Pada April lalu, organisasi e-sukan organisasi e-sukan Orange Esports mengumumkan kolaborasi terbaharu mereka bersama Sphynx, dan dijenamakan semula sebagai Orange Sphynx.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved