Connect with us

SUKAN SEA 2019

#SukanSEA2019: Skuad Mobile Legends Harimau Malaya kini kumpul 5 mata

Published

on

Mata itu berjaya dikumpul selepas menewaskan pasukan Kemboja 2-0, dan seri 1-1 bersama Vietnam, dan Singapura seketika tadi. - Foto Facbeook / Mobile Legends

SKUAD Malaysia bagi acara e-sukan Mobile Legends berjaya mengumpul 5 mata setakat ini dalam saringan kumpulan A Temasya Sukan SEA 2019, Manila, Filipina.

Mata itu berjaya dikumpul selepas menewaskan pasukan Kemboja 2-0, dan seri 1-1 bersama Vietnam, dan Singapura seketika tadi.

Pada hari ini berlangsung saringan peringkat kumpulan yang menggunakan format Terbaik dalam Dua dan Malaysia berada dalam kumpulan A bersama Myanmar, Vietnam, Singapura dan Kemboja untuk acara Mobile Legends.

Sementara itu, pasukan B terdiri dari pada pasukan Filipina, Indonesia, Laos dan Thailand. 

Pasukan Malaysia dijangka akan bertemu dengan Myanmar selepas ini.

Dalam temasya dwitahunan ini, jurulatih skuad Malaysia, Mohd Amirul Aiman Mohammad Kamal (Laphel) meletakkan pemain-pemain tersebut sebagai pemain utama

  • Ahmad Ali Huzaifi Abdullah (Leixia)
  • Abdul Wandi Abdul Kadir (Logan)
  • Izme Haqeem Hamsjid (Kaizer)
  • Muhammad Hazeem Onn (Scott)
  • Jamil Nurolla (Zaraki)

Sementara itu, Mohd Faris Zakaria (Soloz) direhatkan sebagai pemain simpanan untuk membantu Laphel menganalisis perlawanan dalam Sukan SEA 2019.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved