Connect with us

SUKAN SEA 2019

#SukanSEA2019: Pensyarah kejuruteraan, Wkyew sumbang pingat emas pertama e-sukan menerusi Hearthstone

Published

on

Weng Kean Yew (Wkyew) selepas menang 3-1 menentang pemain Thailand pada final. - Foto YouTube / Razer

PEMAIN profesional e-sukan Hearthstone Weng Kean Yew (Wkyew) mencatat sejarah tersendiri dan negara apabila menjadi penyumbang pingat emas pertama acara e-sukan Sukan SEA 2019.

Wkyew muncul sebagai penyandang pingat emas selepas menewaskan pemain Thailand, Werit Popan 3-1 pada Grand Final, yang berlangsung di Filoil Flying V Centre, Manila, Filipina.

Wkyew yang juga merupakan seorang pensyarah Professor Madya di Heriot-Watt University Malaysia memulakan saringan peringkat kumpulan dengan baik apabila meraih mata kemenangan 3-2 secara keseluruhan.

Dia kemudiannya mara ke pusingan penentu dan bertemu dengan pemain Singapura, Khai Kiat Chew.

Meski tewas 2-3 dan jatuh ke kelompok bawahan, beliau mencatatkan rekod kemenangan yang baik apabila menang 3-0 ke atas pemain Thailand dan seterusnya menang 3-2 dengan pemain Vietnam.

Wkyew kemudian bertemu dengan Chew pada final kelompok bawahan dan berjaya menebuh kekalahannya sebelum dengan kemenangan 3-1.

Wkyew yang merupakan graduan doktor falsafah Kejuruteraan Elektrik dari UNITEN telah menceburi e-sukan Hearthstone sejak lima tahun dahulu.

Sebelum ini dalam satu temu bual bersama What’s The Meta, Wkyew berkata dia mengharapkan rakyat Malaysia untuk terus berikan sokongan kepadanya pada pusingan penentu emas itu.

“Perlawanan sudah tentunya sukar tapi saya akan berikan yang terbaik dengan semangat Malaysia Boleh!” katanya.

Difahamkan semalam Wkyew juga sempat mengadakan satu sesi panggilan video bersama ahli psikologi sukan sebagai sebahagian persiapan menghadapi final itu.

Sepanjangan penglibatannya dalam arena kompetitif Hearthstone, antara pencapaian Wkyew termasuk: 

  • Top 3 SEA Summer Preliminaries 2016
  • Top 16 Malaysia & Singapore Major 2017
  • Malaysia Top Point Earner 2018,
  • Malaysia Global Games Captain 2018,
  • Malaysia WCG representative 2019

Menerusi kemenangan Wkyew dalam Sukan SEA 2019 seketika tadi, lagu kebangsaan, Negaraku, berkumandang buat pertama kali di Filoil Flying V Centre, Manila Filipina.

Sukan SEA 2019 mencatat sejarah tersendiri apabila memperkenalkan 6 acara e-sukan pada tahun ini.

Selain Hearthstone, acara lain yang dipertandingkan termasuk Dota 2, Mobile Legends : Bang Bang, Starcraft II, Arena of Valor dan Tekken 7.

Pada hari pertama acara e-sukan yang dipertandingkan semalam turut mencatatkan hampir 2 juta tontonan menerusi platform penstriman langsung.

Acara e-sukan itu menyaksikan jenama teknologi dan barangan komputer terkemuka, Razer, menjadi rakan rasmi e-sukan Sukan SEA 2019.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2020 All Rights Reserved