Connect with us

SUKAN SEA 2019

#SukanSEA2019 : Misi buru pingat Skuad Dota 2 tamat

Published

on

Skuad Dota 2 Malaysia berada di kedudukan nombor 3 pada peringkat kumpulan dan tidak dapat mara ke pusingan seterusnya. - Foto What's The Meta / MARIAH AHMAD

MANILA – Misi memburu pingat bagi pasukan Dota 2 tanah air dalam Temasya Sukan SEA 2019 tamat hari ini.

Ia berikutan keputusan pada peringkat kumpulan yang berlangsung hari ini apabila Malaysia tewas 0-2 kepada Vietnam dan Thailand.

Ketika pusingan pertama menentang Vietnam, mereka mengambil masa 32 minit dan 37 saat untuk menewaskan pasukan Malaysia.

Pada perlawanan kedua, Vietnam mengambil masa 26 minit 44 saat untuk menamatkan perlawanan.

Sementara itu, Malaysia menang 2-0 menentang Singapura pada peringkat Kumpulan A Sukan SEA 2019.

Menerusi keputusan itu, Malaysia berada di kedudukan nombor 3 pada peringkat kumpulan dan tidak dapat mara ke pusingan seterusnya.

Skuad Dota 2 Harimau Malaya terdiri daripada:

  • Khoo Chong Xin (Ohaiyo)
  • Denise Danial Abdullah (Denise)
  • Bakri Anwar (Bakri)
  • Ahmad Rizqan Muzakkir Ahmad Nizam (Danny)
  • Mohd Helmy Ibrahim (Vexus)
  • Muhammad Naufal Osman (Nopal)

Ia turut mendapat khidmat jurulatih daripada Ahmad Syazwan Anuar (ADTR).

Selain Ohaiyo, pemain-pemain Dota 2 itu merupakan sebahagian daripada pasukan Siamang Tunggal. Mereka mendapat nombor 3 pada kelayakan pemillihan wakil Malaysia ke Sukan SEA 2019.

Dalam satu bootcamp e-sukan anjuran Razer, bersama Filipina, Thailand dan Indonesia pada bulan lalu, pasukan ini meraih kedudukan yang kedua.

Sukan SEA 2019 kali ini memperkenalkan 6 acara e-sukan termasuk Dota 2 dan menjadikan Razer, sebagai rakan e-sukan rasmi kejohanan itu.

Acara e-sukan Sukan SEA 2019 telah bermula sejak 5 Disember dan akan berakhir pada 10 Disember nanti.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved