Connect with us

StarCraft II 

#SukanSEA2019: “Saya kecewa dengan diri saya,” – Ranger

Published

on

Pada saringan peringkat kumpulan, Ranger (tengah)beraksi dengan cemerlang dengan rekod kemenangan 4-1. - Foto M8HEXA

MANILA – Tiada perasaan dapat diungkap melainkan rasa kecewa kepada diri sendiri apabila tidak dapat menyumbang pingat Sukan SEA 2019 untuk negara.

Itu luahan pemain profesional Starcraft II tanah air, Yap Kien Khun (Ranger) apabila tewas di peringkat semi final kelompok bawahan semalam.

“Setiap kali dalam perlawanan, saya berikan yang terbaik untuk menang tapi saya masih rasa belum cukup kuat untuk menentang pihak lawan seperti pemain Vietnam, Meomaika.

“Perlawanan saya dengan pemain Singapura, Blysk pun sengit semalam. Tapi saya hanya mahu katakan yang saya kecewa dengan diri saya walaupun sudah berlatih bersungguh-sungguh, masih lagi tidak cukup.

“Sekarang ini saya sudah nampak kelemahan saya dan tahu apa yang perlu diperbaiki pada masa akan datang. Terima kasih rakyat Malaysia kerana terus memberi sokongan,” kata Ranger kepada What’s The Meta.

Pada peringkat kumpulan, Ranger beraksi dengan cemerlang dengan rekod kemenangan 4-1.

Ranger kemudian layak ke peringkat pusingan penentu dan bermula di peringkat kelompok bawahan,

Ranger menang 3-2 apabila bertemu dengan pemain Thailand, Strike, dan menang 3-1 menantang pemain Indonesia, Quantel.

Namun nasib mungkin tidak menyebelahi Ranger, apabila perjuangannya tamat apabila tewas kepada pemain Singapura pada perlawanan selepas itu, 0-3.

Selepas Sukan SEA 2019, Ranger akan berlawan di Kejohanan Dunia Sukan Elektronik (WESG) Asia Pasifik pada bulan hadapan, di Kuala Lumpur.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved