Connect with us

StarCraft II 

#WESGSEA2019 : Pemain Malaysia, Ranger berjaya mara ke semi final StarCraft II

Published

on

Pemain e-sukan StarCraft II negara, Yap Kien Khun (Ranger) merupakan satu bakat besar yang perlu diberi perhatian. Sebelum ini die menjuarai kejohanan WESG peringkat Malaysia selama 4 tahun berturut-turut.

KUALA LUMPUR – Pemain e-sukan StarCraft II negara, Yap Kien Khun (Ranger) berjaya mara ke peringkat semi final Kejohanan Dunia Sukan Elektronik (WESG) Asia Tenggara.

Ranger yang mewakili pasukan M8HEXA mencatatkan rekod kemenangan 4-5 pada pusingan peringkat kumpulan.

“Saya sebenarnya agak gementar apabila bertemu dengan pemain Singapura, Blysk, namun setelah menewaskannya, saya akhirnya mara ke peringkat seterusnya buat pertama kali selepas 4 tahun.

“Saya ingin berterima kasih kepada pengurus dan M8HEXA kerana terus memberi kepercayaan kepada saya, terutama pada saat saya ingin berputus asa,”katanya kepada What’s The Meta.

Pada pusingan peringkat kumpulan WESG Asia Tenggara, Ranger yang berada dalam kumpulan A menewaskan pemain Indonesia (Quantel) 2-1, tewas kepada pemain Filipina 0-3 dan kemudian menang 2-1 pada pusingan ketiga menentang pemain Singapura.

Hari ini dia akan bertemu dengan pemain Vietnam, Meomaika yang merupakan penyandang tempat ketiga WESG pada tahun lalu.

“Ia bakal menjadi satu pertarungan sengit, namun saya akan melakukan persiapan yang secukupnya,” katanya.

Selepas 3 bulan berlangsung saringan kelayakan peringkat negara, kini Grand Final WESG Asia Tenggara bakal menemui penamatnya pada hujung minggu ini.

Menawarkan hadiah wang tunai kira-kira RM438,000 (AS$105,000), WESG Asia Tenggara menampil 4 acara iaitu CSGO, CSGO Wanita, Dota 2 dan Starcraft II.

WESG Asia Tenggara dibawakan khas oleh Agri Mind, sebuah liga e-sukan ala-Olimpik.

© WTM MEDIA AND CONSULTANCY 002996087-M What's The Meta 2023 All Rights Reserved